Hiburan
"Inilah Antara Punca-Punca Aku Malas Nak Shooting Balik .." - Fasha Sandha Berang Calltime Tukar Di Saat Akhir
Pelakon Fasha Sandha berang apabila terdapat sebuah produksi yang mengubah 'calltime' pada saat akhir.
Menurut Fasha, pada mulanya calltime adalah pada pukul 6 pagi tetapi sejurus dia tiba di set penggambaran, Fasha diberitahu waktu telah ditukar.
Luahan itu dibuat menerusi Instagram Stories miliknya semalam.
"Haihhh semalam confident bagi calltime at 6 am.
"5.50 am kita dah sampai, set sunyi sepi jeee. Lepas tu baru Assistant director sms cakap tukar calltime.
"Sebab you dah terlambat, so tukar-tikar calltime suka hati pagi ni.
"Ni la antara punca-punca ku malas la nak shooting balik.
"Lebih baik layan anak and suami kat rumah. Haihhh," tulisnya.
Tambah Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, tidak semua pihak produksi mampu untuk mematuhi waktu dengan tepat.
"Bagi calltime at 6 am nak tak nak kena keluar at 5.15 am sampai orang nak subuh pun tak sempat haih.
"Pastu you dah terlajak tidoq, tukaq pulak calltime pagi ni.
"Sorry to say, tak semua production akan berjaya untuk mematuhi calltime 6 am.
"Janganlah feeling bagi calltime 6 am kalau korang sejenis kelaut dalam!
"Patut la ramai orang suka sebut #janjimelayu," luahnya lagi.
Pun begitu, Fasha tidak pula menyatakan siapa gerangan orang yang membuatkannya naik angin sekaligus meluahkan rasa marah.
Sekadar info, Fasha mula aktif di industri hiburan pada tahun 2002 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.