,
Berita

"Inilah Aturan Yang Terbaik Dari Allah" - Boy Iman Akui Sudah Bercerai Dengan Isteri

Rozaimi Zubaidi
15/08/2019
05:05 MYT
Pelakon Datuk Norul Iman A. Rahman atau Boy Iman mengakui telah bercerai dengan isterinya, Ida Anas pada bulan April tahun lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Boy menjelaskan bukan mudah untuk dia meneriman dugaan ini namun cekalkan hati demi membesarkan anak-anaknya.
"Maka ramailah yang bertanya khabar, menyatakan simpati, meluahkan rasa kesal, menasihati saya dan sebagainya walaupun sebelum ini tidak pernah pun call atau text.
"Waima likes atau satu komen pun payah. Kalau posting pasal business lagilah payah. Watak-watak sebenar mereka ini akan muncul apabila adanya kisah saya seperti mereka lihat di dalam cerekarama atau drama-drama melayu di tv.
"Watak-watak yang cuba isi borang pun ada seperti "I kesian kat you, I dah lama minat you, I rasa you akan dapat orang yang lebih baik dan bla bla bla".
"Saya menerimanya sebagai satu yg positif dan cuba memberi motivasi, semangat kepada saya untuk menerima dugaan berat ini.
"Saya dah berpisah dengan isteri pada 20 April 2018 cuma kami cuba selindungkan perkara ini kepada umum dan pihak mahkamah kerana perlu masa untuk menerima hakikat kepahitan sebuah perpisahan kerana realitinya ia sangat menyedihkan.
"Apatah lagi yang menjadi mangsa selain hati kami adalah hati anak-anak kami," tulisnya.

Maka ramailah yang bertanya khabar, menyatakan simpati, meluahkan rasa kesal, menasihati saya dan sebagainya walaupun sebelum ini tidak pernah pun call atau text. Waima likes atau satu komen pun payah. Kalau posting pasal business lagilah payah. Watak2 sebenar mereka ini akan muncul apabila adanya kisah saya seperti mereka lihat di dalam cerekarama atau drama2 melayu di tv. Watak2 yang cuba isi borang pun ada seperti "i kesian kat u, i dah lama minat u, i rasa u akan dapat org yg lbh baik dan bla bla bla". Saya menerimanya sebagai satu yg positif dan cuba memberi motivasi, semangat kepada saya utk menerima dugaan berat ini. Saya dah berpisah dengan isteri pada 20hb April 2018 cuma kami cuba selindungkan perkara ini kepada umum dan pihak mahkamah kerana perlu masa untuk menerima hakikat kepahitan sebuah perpisahan kerana realitinya ia sgt menyedihkan. Apatah lg yg menjadi mangsa selain hati kami adalah hati anak2 kami. Lebih2 lagi emmer, nyawa saya, jantung hati saya dan geng saya main pubg, jln2 dan minum teh tarik. Apa2 pun terima kasih atas keprihatinan anda dan perhatian yang diberi. Saya mohon doa dari anda untuk kebahagiaan saya, bekas isteri, anak2 dan kebahagiaan anda jua di dunia dan akhirat. Inilah aturan yg terbaik dari Allah dan jodoh itu kerja Dia. Kita hamba-Nya bukan Tuhan maka redhalah apa yg Allah rencanakan utk kita. Salam maghrib! #boyiman #datoboyiman #datodrboyiman #dbi

A post shared by Dato' Dr Norul Iman A Rahman (@datoboyiman_dbi) on

Menerusi entri tersebut juga, Boy berharap agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan anak-anak.
"Apa-apapun terima kasih atas keprihatinan anda dan perhatian yang diberi. Saya mohon doa dari anda untuk kebahagiaan saya, bekas isteri, anak-anak dan kebahagiaan anda jua di dunia dan akhirat.
"Inilah aturan yang terbaik dari Allah dan jodoh itu kerja Dia. Kita hamba-Nya bukan Tuhan maka redhalah apa yang Allah rencanakan utk kita," tulisnya.
Untuk rekod Boy telah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2011 ketika berusia 31 tahun
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jefri Nichol Dedah Bahagian Tubuh Wanita Yang Buat Dirinya Turn On, Okay Tiduri Kekasih Sebelum Kahwin

gempak
13/11/2024
14:55 MYT
Aktor Jefri Nichol baru menimbulkan sensasi apabila mengaku sudah tidur dengan lebih 20 wanita meski belum pernah berkahwin.
Hollywood

Hugh Jackman Curang Sampai Cerai, Isteri Penulis Skrip Jadi Penyondol

gempak
13/11/2024
13:59 MYT
Aktor berprolifik Hugh Jackman kini menjadi bualan hangat di Hollywood kerana didakwa curang sebelum bercerai dengan isterinya, Deborra-lee Furness.
Hiburan

Astro Guna AI Untuk Wujudkan Keterlibatan Positif Di Media Sosial Bersama Pelakon Project; Exit, Mierul Aiman & Shasha Abedul

gempak
13/11/2024
07:58 MYT
Astro mengumumkan inisiatif baharu menggunakan kekuatan Artificial Intelligence (AI) dengan kerjasama pelakon Project; Exit, Mierul Aiman dan Shasha Abedul.
Hiburan

Dituduh Jadi Pembuli, Aiman Ameer Anggap Fitnah Tak Berasas– “Saya Tak Salahkan Tapi…”

gempak
12/11/2024
09:20 MYT
Pelakon baharu, Aiman Ameer menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya seorang pembuli di media sosial beberapa bulan lalu.
Hiburan

Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00

gempak
11/11/2024
08:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Zera Hariz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinnya yang juga penyanyi, Iqwan Alif pada 1 November lalu.
Unitar