"Inilah Aturan Yang Terbaik Dari Allah" - Boy Iman Akui Sudah Bercerai Dengan Isteri

Rozaimi Zubaidi
Ogos 15, 2019 05:05 MYT
Pelakon Datuk Norul Iman A. Rahman atau Boy Iman mengakui telah bercerai dengan isterinya, Ida Anas pada bulan April tahun lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Boy menjelaskan bukan mudah untuk dia meneriman dugaan ini namun cekalkan hati demi membesarkan anak-anaknya.
"Maka ramailah yang bertanya khabar, menyatakan simpati, meluahkan rasa kesal, menasihati saya dan sebagainya walaupun sebelum ini tidak pernah pun call atau text.
"Waima likes atau satu komen pun payah. Kalau posting pasal business lagilah payah. Watak-watak sebenar mereka ini akan muncul apabila adanya kisah saya seperti mereka lihat di dalam cerekarama atau drama-drama melayu di tv.
"Watak-watak yang cuba isi borang pun ada seperti "I kesian kat you, I dah lama minat you, I rasa you akan dapat orang yang lebih baik dan bla bla bla".
"Saya menerimanya sebagai satu yg positif dan cuba memberi motivasi, semangat kepada saya untuk menerima dugaan berat ini.
"Saya dah berpisah dengan isteri pada 20 April 2018 cuma kami cuba selindungkan perkara ini kepada umum dan pihak mahkamah kerana perlu masa untuk menerima hakikat kepahitan sebuah perpisahan kerana realitinya ia sangat menyedihkan.
"Apatah lagi yang menjadi mangsa selain hati kami adalah hati anak-anak kami," tulisnya.
Menerusi entri tersebut juga, Boy berharap agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan anak-anak.
"Apa-apapun terima kasih atas keprihatinan anda dan perhatian yang diberi. Saya mohon doa dari anda untuk kebahagiaan saya, bekas isteri, anak-anak dan kebahagiaan anda jua di dunia dan akhirat.
"Inilah aturan yang terbaik dari Allah dan jodoh itu kerja Dia. Kita hamba-Nya bukan Tuhan maka redhalah apa yang Allah rencanakan utk kita," tulisnya.
Untuk rekod Boy telah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2011 ketika berusia 31 tahun
#pelakon #Pelakon #Boy Iman