Gempak logo
Breaking news banner
Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

"Inilah Cinta Baru Saya" - Emelda Rosmila Mula Beralih Minat

article-author-avatar
Kamaruddin Razal 04/11/2019 | 05:55 MYT
Inilah Cinta Baru Saya - Emelda Rosmila Mula Beralih Minat
Kebiasaannya golongan artis cenderung terlibat dalam perniagaan berasaskan produk kecantikan dan jenama pakaian sendiri.
Bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan pelakon Emelda Rosmila apabila dia kini sibuk mengusahakan kebun sayur miliknya.
Perkara itu dikongsikan isteri kepada aktor Adlin Aman Ramlie menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram.
"Cinta baru Mel, sebenarnya Mel dah mula bercucuk tanam beberapa bulan yang lalu.
"Tapi tak nak dedah sangat, takutlah nanti tanaman kita tak jadi atau kita macam hangat-hangat taik ayam ke, tapi apabila tengok sayur-sayuran ini tumbuh segar, Mel gembira sangat," katanya.
Video yang memaparkan Emelda mengenakan 'seragam' pekebun itu turut menarik perhatian orang ramai termasuk rakan artis yang memuji usaha yang dilakukannya.
Menerusi ruangan komen, Emelda memberitahu kebun sayur miliknya itu terletak di Bukit Beruntung, Selangor.
Difahamkan, kesemua sayur itu kemudian dijual kepada pemborong.
Dalam pada itu Emelda juga meluahkan rasa syukur apabila usahanya itu turut mendapat sokongan daripada keluarga.
"Terima kasih suami dan Edra kerana sentiasa menyokong. Doakan Mel okay?" tulisnya di ruangan kapsyen.
#pelakon #Pelakon #Emelda