Gambar berkenaan dimuat naik menerusi satu posting di Instagram Sherry, semalam.
Rata-rata pengikutnya mengkritik dan mendakwa Sherry seolah-olah tidak peka dengan menyarungkan seluar yang menyerupai warna kulit dan tidak bersesuaian dengan imej wanita bertudung.
Lebih teruk lagi ada juga yang mengatakan Sherry seolah-olah ‘berbogel’ kerana seluar tersebut dikatakan terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang menasihatkan Sherry supaya berfikir terlebih dahulu sebelum memuat naik gambar berkenaan kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah.
Berikut antara komen dan kecaman netizen:
