"Inilah Filem Aksi Yang Saya Impikan Selama Ini" - Hairul Azreen Dah Ready Untuk Wira!
Pelakon utama Wira, Hairul Azreen akui filem aksi terbarunya itu telah merealisasikan impiannya sepanjang bergelar pelakon.
Berkongsi kisah berkenaan menerusi satu video pendek di Instagram, Hairul kelihatan sangat teruja untuk tayangan filem Wira yang bakal menemui penonton pada 21 November ini.
"Saya sebagai stunman sebelum belakon, inilah filem action fighting yang saya impikan selama ini," katanya ringkas sebagai kapsyen.
Menerusi video itu, Hairul juga memberitahu dia turut dilatih oleh bintang filem John Wick, Yayan Ruhian.
Malah, dia turut dibantu oleh pelakon PASKAL The Movie, Theeban G yang melatihnya dari sudut kecergasan.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen memuji persediaan latihan yang diadakan sebelum penggambaran Wira bermula.
Tidak kurang juga memuji kerjasama yang terjalin antara Indonesia dan Malaysia dalam produksi berkenaan.
Untuk pengetahuan anda, filem Wira menggabungkan pelakon dari Malaysia dan Indonesia antaranya Hairul Azreen, Fify Azmi, Henley Hii, Yayan Ruhian, Ismi Melinda dan ramai lagi.