Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Inilah Hero Sebenar…” – Tak Sangka Mariah Carey Balas Tweet Peminat Malaysia Yang Kongsi Foto Ibu Saudara Dengan Sut PPE Ini!

Fiza Kamarudin
09/04/2020 00:17 MYT

Penyanyi antarabangsa Mariah Carey pada Selasa telah memuat naik kicauan di laman sosial Twitternya, menghargai semua petugas barisan hadapan sepanjang pandemik COVID-19.

Menerusi posting tersebut penyanyi My All itu mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan di seluruh dunia yang berkorban apa saja menentang COVID-19.

Mariah kemudiannya meminta semua pengikut di Twitter berkongsi foto ahli keluarga atau kenalan yang merupakan petugas barisan hadapan kepadanya.

Bagaimanapun, salah satu foto yang dikongsi telah menarik perhatian Mariah dan pemilik foto tersebut merupakan peminat dari Malaysia.

Seorang remaja dikenali sebagai Asraf Nordin telah berkongsi foto ibu saudaranya yang juga merupakan petugas barisan hadapan.

Asraf telah membalas tweet Mariah dengan menyertakan foto ibu saudaranya seorang jururawat bersama dua lagi rakan sekerja yang mengenakan sut Peralatan Pelindung Personal (PPE).

“Di tengah itu ibu saudara saya. Dia bekerja sebagai jururawat di hospital berdekatan tempat tinggal saya. Dia juga seorang petugas barisan hadapan! Terima kasih Mariah kerana sudi menghantar kasih sayang kepada semua petugas kesihatan di seluruh dunia!,” tulisnya.

Mariah kemudiannya membalas kicauan Asraf, dan mungkin itu akan menjadi kenangan paling bermakna buat dirinya!

“Real life heroes!” balas penyanyi tersebut kepada Asraf dan sehingga kini kicauan tersebut telah mendapat hampir 4,000 tanda suka dengan 614 ulang kicau di akaun Twitter Mariah.

#Mariah Carey #Mariah Carey #COVID-19 #Frontliners