Kartun siri animasi Didi & Friends yang biasanya dikenali dengan cerita serta lagu-lagu hiburan dan pengajaran untuk kanak-kanak kini tampil dengan sebuah lagu baharu yang berbeza.

Lagu baharu berjudul Mengantuknya Mumia telah menjadi tular di kalangan remaja dan dewasa gara-gara kelainan melodi dan konsepnya yang ditampilkan lebih catchy dan segar.

Mengantuknya Mumia ini bagaimanapun menjadi tular di sosial media selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter.

Hanya memetik sedikit dari rakaman lagu itu dengan kapsyen, “Me at school”, ia terus menjadi tular.
Video lagu ini telah meraih perhatian ramai dengan lebih dari 29,000 retweets dan 22,700 likes.

Bukan itu sahaja, lagu ini juga meraih lebih 2 juta tontonan hanya dalam masa seminggu!

Rata-rata warganet teruja dengan lagu ini dan mengakui ramai peminat animasi ini kini dalam golongan remaja dan bukan lagi hanya kanak-kanak.

Berikut adalah antara reaksi warganet yang ditinggalkan di ruangan komen:




Didi & Friends merupakan produk animasi buatan anak Malaysia milik Digital Durian.