Laman Utama
INNOVATHON-Minggu 4
INNOVATHON merupakan sebuah rancangan realiti TV inovasi pertama di Malaysia, inisiatif bersama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Astro.
Setiap minggu, lapan inovator akan berentap dari minggu pertama hingga minggu ketujuh. Justeru, setiap inovator terbaik mingguan akan terus melayakkan diri ke pentas akhir bagi merebut gelaran juara INNOVATHON yang pertama.
Idea inovatif dan kreatif para inovator diadili oleh lima orang panel juri profesional termasuklah Menteri Ekonomi; YB Rafizi Ramli, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YB Chang Lih Kang, selebriti dan usahawan terkenal; Fazura, serta dua lagi pemain industri sebagai juri profesional jemputan. Selain itu, 100 orang juri awam daripada pelbagai latar belakang yang berperanan sebagai pengguna akan menggalas tanggungjawab sebagai juri awam.
Pentas akhir INNOVATHON bakal menyaksikan para finalis sekali lagi membentangkan produk inovasi mereka dengan penambahbaikan yang lebih menarik bagi merebut hadiah wang tunai RM100,000 dan hadiah pelaburan sokongan pembangunan perniagaan bernilai sehingga RM1 juta ringgit.
Program realiti TV yang dihoskan oleh pengacara ternama Awal Ashaari dan Datin Lisa Surihani ini bersiaran mulai 15 Julai 2023, jam 9 malam di saluran Astro RIA dan Astro GO.
Throwback balik Episod yang lepas di bawah:
Minggu 1 | Tekan Di Sini |
Minggu 2 | Tekan Di Sini |
Minggu 3 | Tekan Di Sini |
Korang boleh terus ke bawah untuk mengenali siapakah inovator untuk MINGGU INI dan apakah PRODUK INOVASI mereka di bawah.
Jangan lupa juga untuk mengundi produk manakah yang anda rasa paling kreatif dalam People Choise Awards sekarang!
Maklumat lebih lanjut mengenai peserta minggu ini beserta maklumat ciptaan mereka:
Peserta 1
PRODUK
- ELEV8THOR
- Blok-blok sokongan kaki sebagai mengangkat kaki yang cedera
- Mendapat idea dan inspirasi selepas melihat kesakitan pesakit dan kesusahan petugas kesihatan sewaktu menjalankan proses rawatan pada bahagian kaki yang cedera dan luka.
- Mempunyai impian untuk memastikan setiap hospital di Malaysia dan dunia menggunakan produk ini
1. Kumpulan Orthopods yang diketuai oleh Dr. Mohd Ashaari Bain dari Universiti Sains Islam Malaysia.
Peserta 2
PRODUK
- EASY PIPE FILTER
- Menapis benda asing dan pasir di sungai (air graviti).
- Membantu orang-orang kampung yang masih menggunakan air graviti untuk mendapatkan air yang bersih.
- Memudahkan orang kampung untuk mencari kawasan yang tersumbat untuk membersihkannya dan menjimatkan masa.
- Mempunyai impian untuk membantu kampung-kampung di Sabah yang memerlukan prototaip ini dimana dianggarkan masih terdapat lebih kurang 600 buah kampung.
1. Kumpulan Boleh Bah Kalau Kau dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli, Sabah.
- Diketuai oleh Cikgu Ernest Kelly Subin.
- Menariknya tentang kumpulan BBKK ini ialah ahli-ahlinya yang terdiri daripada bekas pelajar lama SMK Tamparuli serta pelajar baru sekolah tersebut yang sentiasa menyambung legasi penambahbaikan projek ini.
- Mendapatkan dana melalui usaha sendiri dengan melakukan aktiviti busking dan pelbagai kerja amal
Peserta 3
PRODUK
- FLOATING STRETCHER
- Usungan pelbagai guna untuk kes lemas, aktiviti air dan perkhemahan.
- Idea berasal daripada produk sedia ada iaitu usungan selain daripada pengalaman sebagai penyelamat.
- Untuk menyelesaikan masalah usungan yang sedia ada di pasaran yang tidak fleksibel dan terhad kegunaannya.
- Mudah dicuci dan selamat untuk kegunaan bagi mangsa yang mengalami pendarahan.
- Usungan ini sangat ringan dan boleh terapung di atas air serta dapat menampung berat pesakit sehingga 150 kilogram.
INFO PESERTA
1. Kumpulan Captain Innovator dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Slim River, Perak yang diketuai oleh Shahrizal Hussin.
- Mempunyai seramai 4 orang ahli.
- Kumpulan ini ditubuhkan pada November 2022.
- Setiap tahun kumpulan ini akan menghasilkan produk inovasi sekurang-kurangnya dua produk.
Peserta 4
PRODUK
- P-LOCK
- Alat bantuan sokongan anggota bawah untuk pesakit kanakkanak yang menghidap masalah neurologi seperti cerebral palsy dll.
- Boleh digunakan untuk kanakkanak yang berumur 1tahun dan ke atas
- Produk ini mesra pengguna, tahan lasak, buatan tempatan dan boleh dilaras.
- Banyak penjaga berminat untuk membeli produk ini tetapi mereka tidak mampu menjual kerana masalah kewangan.
INFO PESERTA
1. Kumpulan Rehab Shine, Hospital USM, Kota Bahru, Kelantan.
- Dr. Al Hafiz Bin Ibrahim dan Nur Athirah Syazwani Bt Rameli
- Mempunyai 9 orang ahli
- Inovasi dibuat bagi membantu meringankan beban penjaga dan mengoptimunkan rawatan rehabilitasi kanak2 istimewa ini.
Peserta 5
PRODUK
- PORTABLE ELECTRIC SUPPLY-SIDE BOX (P.E.S)
- Kotak bekalan kuasa (seumpama generator) yang boleh membekalkan bekalan tenaga elektrik dengan menggunakan kuasa bateri (lithium) sebagai sumber kuasa utama. Kapasiti penggunaan tidak melebihi 3000 watt (maksimum).
- Prototaip ini menggunakan konsep mengecas sendiri (Self-Rechargeable) apabila bekalan kuasa bateri telah berkurangan.
- Mempunyai fungsi menarik yang boleh membantu sewaktu berlakunya bencana, kecemasan, terputus bekalan elektrik dan aktiviti luar (outdoor).
- Telah memenangi Pingat Emas di 48th International Exhibition of Inventions, di Geneva pada April 2023.
INFO PESERTA
1. Kumpulan DEVGRU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang diketuai Encik Mohd Faizal bin Mohd Nasir dan Encik Mohamad Zafrul bin Mohamad Tajuddin
- Mempunyai seramai 6 orang ahli kumpulan yang merupakan warga kerja di JKM Kuala Pilah.
- Atas minat dan komitmen yang tinggi, mereka menghasilkan produk ini menggunakan wang sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.
Peserta 6
PRODUK
- SEPPEK: SISTEM PINTAR PENTERNAKAN KETAM
- Alat mengurus penternakan ketam, memantau keselamatan kolam dan merekodkan tuaian secara digital menggunakan sistem IOT untuk ternakan ketam secara kolam terbuka
- Mengatasi masalah kematian ketam disebabkan suhu air kolam terlampau panas dan hujan luar biasa yang menyebabkan kemasinan air menurun.
- Membantu meningkatkan hasil, mengurangkan kos pekerja, menjimatkan masa dan mengurangkan kerugian akibat ketam mati.
- Boleh dikawal melalui 3 cara iaitu secara manual, menggunakan aplikasi dan di laman sesawang.
- Aplikasi ini mendapat perhatian dan minat yang cukup mendalam dari negara Kemboja.
INFO PESERTA
1. Kumpulan SEPPEK diketuai oleh Encik Rusasmizal Bin Mohamad Ghazali dan Encik Mohd Zulafandi Bin Abdullah
- Merupakan penternak dan usahawan ketam nipah di Pulau Langkawi, Kedah.
Peserta 7
PRODUK
- TACCOMS
- SISTEM PENGURUSAN OPERASI TAKTIKAL menyediakan fungsi perintah (command), kawalan (control), komunikasi (communication) dan koordinasi (coordination) (C4) menggunakan teknologi rangkaian centric dan mudah alih.
- ia menyediakan keupayaan mengawal dan mengkoordinasikan pergerakan anggota taktikal
- TACCOMS adalah kepada semua agensi berkaitan yang bertugas untuk menjaga keselamatan dan pertahanan Malaysia
- TACCOMS telah dijual kepada Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dibawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
INFO PESERTA
1. Prof Madya Kapt Syed Nasir Alsagoff bin Syed Zakaria (Bersara) pernah berkhidmat di Batalion ke 17 Rejimen Askar Melayu DiRaja (PARA).
- Sekarang berkhidmat sebagai pensyarah sains komputer di Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Peserta 8
PRODUK
- TILAPIA GLOBAL FIT
- Menggunakan Ikan organik Tilapia untuk menjadikan PROTEIN sebenar dalam bentuk ais krim dan biskut.
- Bertujuan menanggani kanak-kanak terbantut dan obesiti serta meningkatkan sekuriti makanan negara supaya menjadi lebih sihat.
- Inovasi mereka memenangi SIAL INNOVATION GOLD AWARD ASEAN 2016 & ETCOR Outstanding Research Management and Innovation Award (Higher Education) dan banyak perhatian daripada negara luar seperti United Kingdom, France, Indonesia, Singapore, Abu Dhabi, Amerika Syarikat dan Filipina.
INFO PESERTA
1. Dr.Billy merupakan 'Researchpreneur', pada September 2022 antara lapan penerima antarabangsa Anugerah 'The Regal British Award' yang berprestij oleh World Humanitarian Drive, U.K.