Laman Utama
INNOVATHON-Minggu 3
INNOVATHON merupakan sebuah rancangan realiti TV inovasi pertama di Malaysia, inisiatif bersama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Astro.
Setiap minggu, lapan inovator akan berentap dari minggu pertama hingga minggu ketujuh. Justeru, setiap inovator terbaik mingguan akan terus melayakkan diri ke pentas akhir bagi merebut gelaran juara INNOVATHON yang pertama.
Idea inovatif dan kreatif para inovator diadili oleh lima orang panel juri profesional termasuklah Menteri Ekonomi; YB Rafizi Ramli, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YB Chang Lih Kang, selebriti dan usahawan terkenal; Fazura, serta dua lagi pemain industri sebagai juri profesional jemputan. Selain itu, 100 orang juri awam daripada pelbagai latar belakang yang berperanan sebagai pengguna akan menggalas tanggungjawab sebagai juri awam.
Pentas akhir INNOVATHON bakal menyaksikan para finalis sekali lagi membentangkan produk inovasi mereka dengan penambahbaikan yang lebih menarik bagi merebut hadiah wang tunai RM100,000 dan hadiah pelaburan sokongan pembangunan perniagaan bernilai sehingga RM1 juta ringgit.
Program realiti TV yang dihoskan oleh pengacara ternama Awal Ashaari dan Datin Lisa Surihani ini bersiaran mulai 15 Julai 2023, jam 9 malam di saluran Astro RIA dan Astro GO.
Throwback balik Episod yang lepas di bawah:
Minggu 1 | Tekan Di Sini |
Minggu 2 | Tekan Di Sini |
Minggu 3 | Tekan Di Sini |
Korang boleh terus ke bawah untuk mengenali siapakah inovator untuk MINGGU INI dan apakah PRODUK INOVASI mereka di bawah.
Jangan lupa juga untuk mengundi produk manakah yang anda rasa paling kreatif dalam People Choise Awards sekarang!
Maklumat lebih lanjut mengenai peserta minggu ini beserta maklumat ciptaan mereka:
Peserta 1
PRODUK
- EFINITY WATER FILTER
- Portable Water Filter yang tak memerlukan tekaan air dari paip atau kuasa elekrik
- Sesuai untuk komuniti orang asli, kem perlarian, bencana alam dan juga untuk mereka pergi berkhemah untuk mendapat sumber air bersih dari sungai, kolam, telaga,air hujan dan air kumbahan
- Bekerjasama dengan Yayasan Inovasi Malaysia untuk dapatkan dana buat produk.
- Menang banyak anugerah inovasi termasuk Anugerah Inovasi Negara dan Anugerah Malaysia Commercialization Year.
1. TENG YU-MEIN ( isteri)
- Suri ruman sepenuh masa
- Usahawan Sosial
- Kuala Lumpur
- Perekacipta sepenuh masa
- Pemenang pelbagai Anugerah inovasi antarabangsa
- Juri pertandingan inovasi
- Consultant Yayasan Inovasi Malaysia
- Panel untuk Expert Evaluator for MOSTI R&D Fund
Peserta 2
PRODUK
- FAN-TASTIC 2.0
- FAN-TASTIC 2.0 iaitu powerbank yang ada dua sumber tenaga iaitu daripada suria dan angin.
- Dimana kedua-dua tenaga ini merupakan tenaga yang boleh diperbaharui dan merupakan pengeluar tenaga yang bersih tanpa pelepasan gas karbon yang menyebabkan rumah hijau serta tidak memberi kesan negative kepada alam sekitar.
- Jadi ia lebih mesra alam dan kita tak perlulah bergantung tenaga dari bahan mineral, contohnya petroleum, arang batu gas asli dan lain-lain
1. KUMPULAN Q-TECH
- Syed Haqeem Al- Idrus
- Pelajar SMKA Putrajaya
- Menang international / gold ICISS and silver KLESF
- Pemenang no 2 untuk pertandingan Young Steamist
Peserta 3
PRODUK
- FOKUZ.GK
- Alat yang boleh membantu penjaga gol bola sentiasa fokus dan hilangkan mengantuk.
- Sekarang masih fasa prototaip , produk akhir akan diguna pakai pada belakang badan
- IDEA: main bola sepak sebagai penjaga gol selalu hilang fokus sebab pasif dan tak bergerak
- 33 tahun
- Bekerja sendiri
- Selangor
- ICE BLUE
- Produk terapi untuk mereka yang mengalami tekanan jiwa dengan menggunakan air sejuk (shower) pada suhu 10°C-15°C
- Idea tercetus berdasarkan pengalaman sendiri apabila perniagaan kafe merundum dan kehilangan banyak duit. Pandemik semakin beri tekanan dan hampir menjadi ketagihan arak
- Hasilkan idea untuk jadikan shower sebab tak semua rumah ada tab mandi untuk berendam dengan ais.
- 38 tahun
- Freelancer
- Kuala Lumpur
Peserta 5
PRODUK
- KOMPES
- Kompes merupakan media penanaman atau semaian untuk semua jenis pokok seperti sayuran, bunga-bungaan atau buah-buahan.
- Kompes dihasilkan daripada beberapa bahan khusus seperti tanah organik, effective microorganisme, Bajam (baja istimewa) dan lain2.
- kesemua bahan ini diprose dan dicampurkan mengikut kuantiti dan kaedah tertentu sehingga menjadi media penanaman yang subur dan mampu mengekalkan kelembapan dalam tempoh masa yang lama tanpa perlu pembajaan atau penyiraman.
- Guru
- 38 tahun.
- Lahad datu, Sabah
- MAIDS5
- Maids5 mewakili 5 fungsi alat rehabilitasi iaitu duduk, berdiri, berjalan dengan sokongan, stoller dan motor halus untuk aktiviti harian
- Alat ini dicipta supaya pesakit boleh lakukan sendiri di rumah tanpa perlu ke hospital
- Sekarang Maids5 ni hanya ada di HUSM Kelantan dan sudah 8 tahun Alat ini telah berjaya memenangi pingat emas dalam pertandingan inovasi dalam dan luar negara
- Prof Madya Dr Muhd Hafiz Hanafi
- Pakar perubatan rehabilitasi USM Kelantan
- Cik Hasnetty Zuria Mohamed Hatta Pegawai Pemulihan Perubatan Hospital USM
- Pn Sarina Mat Derus Jurupulih Perubatan Anggota Hospital USM bersama 10 orang ahli Kumpulan Rehab Charger
- ada CAT LITTER
- Pasir kucing yang dihasilkan daripada sisa pembuatan penyedut minuman biodegradasi dengan campuran sisa pertanian iaitu jerami padi
- Produk mesra alam. Tiada campuran bahan kimia. 100% menggunakan bahan sisa pertanian. (Beras hancur + ubi kayu gred rendah + jerami padi + bahan campuran berasakan tumbuh-tumbuhan)
- Sudah selesai proses penyelidikan dan pembangunan hasil daripada kerjasama yang dijalankan dengan university tempatan.
- Mendapat permintaan dari Australia untuk penghasilan pasir kucing ini tetapi kekurangan mesin dari segi kapasiti kerana mesin sedia ada digunakan untuk penhasilan penyedut minuman. Proses penghasilan awal pasir kucing ini menggunakan mesin pembuat penyedut minuman yang telah diubah suai.
- Kilang beroperasi di Butterworth, Pulau Pinang.
- Juara Pertandingan Swiss Innovation Challenge Asean 2021
- Penerima Sustainable Development Goals Award 2022 for SDG 14
Peserta 8
PRODUK
- T-RI TONGKAT BERDIRI
- Prototaip ini belum dipatenkan dan mempunyai 2 buah bersaiz L dan M.
- Ada perancangan untuk membuat bengkel OKU mengendalikan tongkat T-RI supaya dapat membantu ahli OKU menjana ekonomi.
- Turut merancang untuk buat tongkat versi lipat supaya mudah disimpan dalam beg.
- Mempunyai 5 fungsi tambahan iaitu lipat, cangkuk, lampu , qr code dan berdiri
- Telah berdaftar dengan myipo untuk copyright
1. KUMPULAN SPS HERO (JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH SEBERANG PRAI SELATAN, PULAU PINANG)
- Encik Kaffe
- Bekerja di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah SPS sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
- Juara pertandingan Inovasi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan menang RM5000.
- Juara pertandingan reka cipta anjuran PERKESO, dan menang RM5000.
Must-Watch Video