"Insan Yang Amat Saya Sanjungi" - Zarina Zainuddin Kongsi Kisah Madu Banyak Membantu Dalam Kehidupan
Asraf Aided
19/05/2020 09:46 MYT
19/05/2020 09:46 MYT
Pelakon Zarina Zainuddin berkongsi kisah kehidupan bersama madunya, Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor.
Menurut Zarina, Noorhasimah banyak membantu serta membimbingnya dalam kehidupan.
"Insan yang amat saya sanjungi, yang mengajar saya tentang kehidupan, yang selalu menegur salah saya, yang membimbing saya ke jalan yang benar.
"Lama saya berkongsi hidup dengannya, suka duka dia tetap ada di sisi sampailah saat kematian nenek dan atuk saya, dia tetap ada tenteramkan keadaan, bacakan Yassin ikut saya balik kampung," tulis Zarina di Instagram.
Dalam pada itu Zarina menambah, dia amat menyayangi madunya itu sebagaimana dia menyayangi suaminya.
"Macam mana banyaknya saya sayang suami saya, begitu juga banyaknya saya sayang padanya, saya banyak buat salah dalam hidup tapi Allah sayangkan saya diberi peluang perbaiki hidup saya," tulisnya lagi.
Imbas kembali, Zarina mendirikan rumah tangga bersama suami, Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada Julai 1993.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, Muhammad Naim Azraidan dan Muhammad Adam Azrai.