gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ally Mukhriz Throwback Gambar Kahwin, Netizen Mula Buat Perbandingan Dengan Baju Ezlisa Loy - “Kemungkinan Inspirasi…”
HIBURAN
“Pesan Kat Followers Kau Suruh Diam Perempuan” - Fara Salleh Bengang Dibandingkan Dengan Bekas Isteri Shuk Sahar
HIBURAN
“Respect Sebab Aina Abdul Tulis Lagu Sendiri, Itu Bukti Dia Berbakat” – Man Bai
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Insha-Allah Saya Jaga Aib Akak” – Rebecca Tak Akan Dedah Wajah Pencuri

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
09/08/2019
03:02 MYT
Sponsor Banner
“Insha-Allah Saya Jaga Aib Akak” – Rebecca Tak Akan Dedah Wajah Pencuri
Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam meluahkan rasa kecewa terhadap seorang wanita yang berani mencuri di booth jualannya baru-baru ini.
Rebecca menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman sosial Instagram (IG)nya memberitahu, kejadian tersebut berlaku di Sabah ketika karnival Star Vendors.
“Sebenarnya di booth Anggun Anggerik Shawl Hijab ada dipasang kamera litar tertutup dan secara kebetulan staff juga nampak kejadian tersebut.
“Walaupun yang diambil hanya sehelai tudung, tetapi saya agak sedih kerana wanita tersebut melakukan perbuatan itu di hadapan anak-anaknya.
“Anaknya seorang perempuan remaja dan seorang lagi lelaki masih kecil. Boleh pula dia beri anaknya pegang beg selepas dia ambil tudung,” luahnya sebak.
Tambah Rebecca lagi, sengaja pekerjanya tidak menyergah wanita tersebut kerana tidak mahu dia berasa malu.
“Staff saya hanya memerhatikan sahaja perbuatan dia menarik tudung perlahan-lahan dan masukkan ke dalam beg besar yang dibawa.
“Dan dia (wanita) itu meminta anak remajanya memegang beg besar itu sebelum meminta diri ke surau.
“Sedihnya saya kerana dia mencuri di hadapan anak-anak. Jika tidak mampu, sepatutnya datang bertemu saya dan minta,” luahnya.
Bagaimanapun Rebecca memberitahu dia tidak akan mendedahkan wajah wanita tersebut kerana mahu menjaga aibnya.
Rebecca juga telah menghalalkan tudung yang diambil dan memohon agak wanita tersebut berubah dan tidak mengulangi perbuatannya lagi.
“Saya dan keluarga Anngun Anggerik Enterprise, Anggun Anggerik Shawl Hijab maafkan apa yang akak buat di booth kami.
“Saya halalkan, tetapi cara akak itu memang tak baik. Saya harapa akak berubah dan tidak mengulangi perbuatan akak tu ya.
“Jangan ajar anak perkara tidak baik. Setiap manusia ada kelemahannya kak, Insha-Allah saya tutup aib akak, tapi tolonglah jangan ulang lagi,” katanya sebak.
View this post on Instagram
Semoga,SegalaNya ada Hikmah Dan Pengajaran,Walau mcm mana Pun Saya Halal kan.... . . InsyaAllah sekadar BerKongsi Cerita,Saya Doa Kan Kakak Ini BerUbah Dan Jangan Buat Lagi ??.... . . #mrsazam #KejadianDiSabah @anggunanggerikshawlhijab #booth058 @starvendors ?
A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on Aug 8, 2019 at 12:37am PDT
Topic Berkaitan
#pelakon
#Pelakon
#Rebecca Nur Al Islam
#Mencuri
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement