Pelakon dan penyanyi Lufya Omar mendedahkan sebab mengapa dia lewat membuat laporan polis terhadap insiden dipukul seorang lelaki dan cubaan untuk menculik anak perempuannya Ahad lalu.
Lufya menerusia perkongsian Instagram Story memaklumkan, menurut pemahamannya, jika seseorang yang cedera diserang mendapatkan rawatan di hospital, laporan tersebut secara automatik akan dihantar ke pihak polis.
“Laporan telah dibuat. Memang agak lambat. Sebab setahu saya, kalau kita kena serang dan doktor pun ada check dan rekod kecederaan yang dialami, mereka akan automatically laporkan ke pihak polis. Dan pihak polis sendiri akan datang hospital.
“Perkara itu tak berlaku. Mungkinkah sebab saya pergi hospital swasta? Saya pun tak tahu hal ini, Kalau ada hentakan yang kuat di kepada (pukul pakai kayu), of course saya akan pentingkan rawatan terlebih dahulu,” katanya.
Tambah Lufya, dirinya berada dalam keadaan yang stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan sama ada keretakan mahupun saluran darah tersumbat.
“Kalau ada retakan atau blood clot sangatlah bahaya. Alhamdulillah, lepas buat brain scan takda apa. Semua tu ambil masa nak tunggu insurans lagi, nak tunggu doktor, giliran memanglah ambil masa.
“Orang boleh bercakap bukan-bukan. Tak semua orang faham, yang pernah mengalami mereka boleh fikir,” katanya.
Dalam perkongsian seterusnya, Lufya turut berkongsi artikel menunjukkan kenyataan bekas suaminya yang menafikan dakwaan sebagai dalang kepada insiden berkenaan.
Lufya menulis: “Lagi satu, biarlah pihak polis yang buat siasatan. Janganlah memfitnah melulu. Kami ok insya-Allah.
“Tiada jodoh antara kita tak semestinya ada dendam antara kita,” kata Lufya lagi.
Baru-baru ini, Lufya berkongsi foto-foto keadaanya yang calar-balar dipercayai kesan bergelut dengan seorang lelaki tidak dikenali pada Ahad lalu.
Lelaki berbadan besar itu memukul bahagian kepala dan badan Lufya dengan kayu dalam cubaan menculik anaknya, Laana Haura, 5, di sebuah taman permainan di Kota Damansara.
Izwan Isa
Fri Jul 01 2022
Cikgu bahasa Korea pening ajar Bapak Bapak | Projek Bapak Bapak S3
Macam-macam hal Bapak Bapak ni. Cikgu bahasa Korea pun pening.
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #astrobaharu
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #astrobaharu
Aliff Aziz Tak Mengaku Masih Sayang Bella, Tuduh Wartawan Putar Belit Cerita?
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz menafikan bahawa dia pernah mengeluarkan kenyataan masih sayang terhadap Bella Astillah ketika enggan menceraikan isterinya itu pada sebutan penceraian mereka pada 4 April lalu.
Ruhainies Private Akaun IG, Netizen Komen - “Sebab Dah Kantoi”
Pelakon, Ruhainies kini menetapkan akaun Instagramnya dalam mod provasi. Mod itu ditetapkan dipercayai selepas pendedahan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz yang dilakukan oleh Sarah Yasmine pada Rabu. Menerusi tinjauan di media sosial, akaun Instagram Ruhainies yang memiliki 1.7 juta pengikut itu ti
Caprice Didakwa Terlibat Dalam Rancangan Buat Fake Account Sebar Aib Bella Astillah - “Ya Allah, Nak Tutup Macam Mana Lagi Cap?”
Pelakon Bella Astillah memberi respons terhadap Instagram Story yang diulang siar semula susulan perkongsian tangkap layar yang dikongsi oleh Sarah Yasmine semalam.
“Jangan Risau Dia Sayang Awak, Sebab Tu Lah Dia Tinggalkan Kami Anak Beranak - Bella Astillah
Pelakon Bella Astillah tampil memberikan respons mengenai perbualan tular antara suaminya Aliff Aziz dah NRF yang dipercayai adalah Ruhainies.
Berang Dituduh Hasut Jenama Lain, Bella Astillah ‘Sound’ Ruhainies - “Macam Mana Boleh Terfikir Idea Fitnah Sampai Tahap Ini!”
Bella kongsi semula IGs Sarah Yasmine.
Nama Dipetik Dalam Perbualan Whatsapp Viral, Jenama Suplemen Beri Respons
Jenama suplemen terkemuka, Kitsui memberi respons susulan nama dipetik menerusi perbualan Whatsapp yang didakwa berlaku antara bekas dutanya dengan seorang pelakon lelaki.
Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Hasut Aliff Robohkan Rumah Tangga? - “Lepas Ni Awak Free, Tak Ada Lagi Toxic”
Wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine atau lebih hangat dikaitkan sebagai ‘kekasih gelap’ penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendakwa aktres sensasi, Ruhainies sebagai dalang penghasut disebalik konflik rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.
Pengalaman Baru Menonton Filem Dengan Gaya Hip & Trendy Menerusi ‘Silent Cinema’ Di Malaysia!
Penerbit filem Astro Shaw menjalinkan kerjasama bersama RexKL untuk memberi pengalaman baru menonton filem-filem terbaik terbitan Astro Shaw secara ‘Silent Cinema’.
Caprice Nasihat Aliff Aziz Serahkan Bukti 400 Foto, Video Kecurangan Bella Astillah Kepada Polis - "Ada Mangsa Lain Yang DM..."
Caprice dedah Aliff buat laporan polis berhubung kecurangan isterinya.