Berita

Instafamous Disyaki Jual Minyak Wangi Tiruan Ditahan, Perfume Bernilai RM150,000 Dirampas

ZULHILMI JALIL
20/10/2020
23:20 MYT
Seorang selebriti media sosial yang disyaki terlibat dalam penjualan produk minyak wangi berjenama terkenal ditahan pihak berkuasa semalam.
Instafamous yang juga merupakan seorang wanita berusia 26 itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Taman Pinggiran Putra, Serdang, Selangor.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor, Muhammad Zikril Azan Abdullah berkata, dalam serbuan kira-kira pada pukul 3 petang, pihaknya merampas lebih 1,000 botol minyak wangi yang dianggarkan bernilai RM150,000.
“Siasatan awal mendapati sebotol minyak wangi dijual dengan harga serendah RM150 hingga RM200 dan suspek mampu meraih keuntungan sehingga ribuan ringgit setiap bulan.
"Mangsa (pembeli) juga turut diberitahu produk tersebut adalah tulen,” katanya seperti yang dilapor portal Bernama. Beliau berkata, wanita berkenaan yang turut dibantu suaminya itu telah beroperasi kira-kira setahun lalu dari rumah berkenaan dengan memasarkan barangan berkenaan melalui platform media sosial Instagram dan Facebook.
Katanya, penguatkuasa turut menemui slip penghantaran barangan, kotak pembungkusan dan rekod transaksi perbankan
Katanya, hasil semakan transaksi juga mendapati barangan terbabit bukan sahaja dibeli oleh pembeli tempatan tetapi juga dari luar negara.
Beliau berkata suspek dibebaskan dengan jaminan polis dan akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.
Kes disiasat mengikut Sekyen 102 (1)(b) Akta Cap Dagangan 2019 kerana menjual atau menawarkan barangan disyaki menggunakan perihal dagangan palsu.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?

gempak
06/05/2024
07:55 MYT
Umum sedia tahu penggunaan minyak wangi secara keterlaluan dalam kalangan wanita sehingga menarik perhatian lelaki adalah berdosa dan boleh menimbulkan ‘zina’ mata dan hidung sekiranya ada yang tertarik kepadanya.
Viral

Dah Anggap Macam Keluarga, Instafamous Tak Sangka Anak Didera Pengasuh

gempak
30/03/2024
20:55 MYT
“Harapkan pagar, pagar makan padi,” itulah peribahasa yang sesuai diungkapkan dalam situasi seorang pempengaruh Instagram apabila anaknya yang ditinggalkan bersama pengasuh didera sehingga mengalami kecederaan pada kepala, mata dan telinga. Kes yang berlaku di Indonesia itu dikongsikan sendiri oleh ‘influencer’ berkenaan, Emy Aghnia di mana dia m
Laman Utama

Harga Bell Ngasri Naik Sikit Lepas Popular, Kini Duta Minyak Wangi!

gempak
31/10/2023
09:40 MYT
Bell Ngasri duta minyak wangi jenama Sky.
Laman Utama

Jude Law Cipta Wangian Bau Darah, Peluh & Najis! - "Saya Terbaca Fakta Menarik Tentang ..."

gempak
26/05/2023
01:48 MYT
Eww!
Laman Utama

“Lalu Di Lapangan Terbang, Teringat Bau Wangian Bekas Kekasih Masa Umur 18 Tahun” - Maya Karin

gempak
30/03/2023
04:00 MYT
Kenangan Maya Karin