Instagram Cuba Tiru Fungsi Sama? Ini Respon Tik Tok!
Baru-baru ini Instagram telah mengumumkan satu fungsi terbaru dikenali sebagai Reels.
Fungsi ini membolehkan anda melihat pelbagai video pendek disamping membuat video baru dengan pelbagai suntingan dan efek khas.
Kedengaran seperti ‘familiar’ bukan? Ini kerana fungsi tersebut dikatakan sangat mirip dengan aplikasi popular ketika ini iaitu Tik Tok.
Apa yang membezakan adalah fungsi Reels terbina terus ke dalam aplikasi Instagram.
Fungsi hampir sama ini telah pun menarik perhatian aplikasi Tik Tok untuk memberi respon terhadap Instagram.
“Well...Fungsi ini nampak ‘familiar” itu respon Tik Tok terhadap satu posting Instagram di Twitter.
Respon yang seakan ‘memerli’ Instagram itu telah disokong oleh kebanyakan netizen.
Rata-rata mereka mahu Tik Tok mempertahankan keunikan aplikasi tersebut.
<well... this looks familiar ?? https://t.co/V8GyRSXkPu— TikTok (@tiktok_us) August 6, 2020
Untuk rekod, fungsi Reels sudah dilancarkan di 50 negara seluruh dunia.
Fungsi berkenaan boleh didapati menerusi kemas kini terbaru sama ada di App Store mahupun Play Store.
Walaubagaimanapun sehingga kini Malaysia masih belum menerima fungsi terbaru tu.
Berkemungkinan ia dikeluarkan secara berperingkat.