,
Gaya Hidup

Instagram Perkenal ‘Dark Mode’, Untuk Penggemar Sisi Gelap

Azwa Rahman
08/10/2019
11:57 MYT
Laman sosial Instagram memperkenalkan satu lagi ciri baru untuk penggunanya iaitu mode gelap.
Menerusi laman sosial Twitter, ciri baru tersebut baru sahaja diumumkan oleh ketua Instagram, Adam Mosseri.
“Bermula hari ini, anda boleh menggunakan Instagram dalam mode gelap pada iOS 13 atau Android 10. Cubalah sekarang,” tulisnya menerusi satu kicauan.
Untuk menggunakan ciri gelap ini, anda hanya perlu mengemaskini aplikasi tersebut di App Store atau Google Play.
Selain itu, ciri ini hanya boleh didapati oleh pengguna yang telah menggunakan iOS 13 dan Android 10 sahaja.
Namun, ciri ini masih belum tersedia untuk ditetapkan secara individu. Anda perlu menukar mode gelap di bahagian tetapan telefon pintar untuk menggunakan ciri terbaru ini.
Selain mode gelap, Mosseri turut mengumumkan platform tersebut bakal menutup ruangan aktiviti ‘following’.
“Kami juga akan menutup tab ‘following’ pada Instagram, dimana sebelum ini ia direka untuk pengikut melihat akaun mana yang teman mereka berhubung.
“Kami mahu sentiasa fokus dan biarkan Instagram seringkas yang mungkin,” jelasnya lagi menerusi Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sherry Ibrahim Suka Lelaki Bergigi Cantik & Wangi, Netizen Pula Berlumba-Lumba Nak Carikan Jodoh

gempak
22/10/2024
03:55 MYT
“Saya suka lelaki yang mempunyai gigi cantik dan dia mestilah wangi,” jelas pelakon Sherry Ibrahim mengenai antara ciri-ciri lelaki idamannya.
Hiburan

“Kalau Anda Cakap Saya Cantik, Terima Kasih” - Sofia Jane Utamakan Kesihatan, Dah Lama Tak Ambil Makanan Proses

gempak
18/10/2024
14:04 MYT
Pelakon hebat, Datin Sofia Jane lebih mengutamakan soal penjagaan kesihatan bagi memastikan dirinya kekal cergas untuk menjalani tempoh penggambaran yang panjang.
Terkini

Pengikut Instagram Qistina Raisah Bertambah 15,000 Selepas Tular Insiden Simbah Air Ke Muka Rakan - “Memang Love! Saya Rasa Netizen…”

gempak
17/10/2024
10:00 MYT
Pelakon, Qistina Raisah mendedahkan pengikut di TikTok miliknya bertambah sebanyak 15,000 selepas video dia menyimbah air ke muka rakannya yang juga penyanyi dan aktres, Arnie Shasha tular dalam media sosial.
Hiburan

Bella Astillah Perjelas Hantaran Di Instagram, Tolak Dakwaan Akan Kembali Bersama Aliff Aziz - “Sebenarnya Saya Takut Juga…”

gempak
15/10/2024
10:25 MYT
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tampil menjelaskan tujuan membuat hantaran yang mencetuskan tanda tanya ramai di Instagram (IG) pada Selasa.
Hiburan

“Saya Pernah Terfikir Untuk Berhenti” - Shahir

gempak
14/10/2024
20:55 MYT
Penyanyi, Shahir mendedahkan bahawa dia pernah berfikir untuk berhenti dari bidang nyanyian.
BorakSeeni