Hiburan

Instagram Suami Kena 'Serang', Sarah Hildebrand Minta Netizen Berhenti Masuk Campur Isu Tak Bertudung

gempak
Zulaikha Yusof
20/11/2020
00:36 MYT
Sponsor Banner
Instagram Suami Kena 'Serang', Sarah Hildebrand Minta Netizen Berhenti Masuk Campur Isu Tak Bertudung
Pelakon Sarah Hildebrand, 30, menempelak seorang warganet yang kurang senang dengan tindakannya tidak lagi mengenakan hijab sejak pertengahan Oktober.
BACA: Sarah Hildebrand Buka Hijab, Peminat Ingat Gambar Lama - "Saya Sokong Sepenuhnya..." - Suami
"Suruh isteri anda pakai tudung.. sesiapa yang tidak memakai tudung tak dapat menghidu bau syurga. Isteri anda dah pakai tudung lama, kenapa tiba-tiba tanggal?" tulis seorang netizen.
Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand memohon agar individu itu berhenti daripada menghantar mesej yang kurang tepat tentang bertudung.
"Bagaimana anda tahu bahawa Tuhan tidak akan membimbing saya ke jalan yang benar dan bagaimana anda tahu bahawa saya berada di jalan yang salah?
"Anda tidak tahu jadi tolong berhenti berceramah seperti anda tahu. Berhenti menghantar mesej yang salah kepada suami saya.
"Terima kasih... doakan yang terbaik untuk orang lain dan diri sendiri," tulisnya di ruangan komen Instagram (IG) milik suaminya, Otto Gillen.
Otto telah memuat naik fotonya dengan Sarah serta penceramah bebas PU Azman ketika penggambaran sebuah program.
Dalam pada itu, Otto yang memilih untuk bersuara memberi peringatan kepada semua untuk tidak menentukan apa yang harus dilakukannya.
"Tak perlu beritahu apa saya perlu lakukan!" kata Otto.
Sebelum ini, Sarah menyatakan dia tidak mahu memaksa sesiapa untuk menyukainya yang kini kembali tidak memakai tudung.
BACA: “Dialu-Alukan Untuk Menekan Butang Unfollow”- Sarah Hildebrand Tak Paksa…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live