Pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella akhirnya membuka mulut mengenai perkahwinannya dengan Engku Emran.

Dalam satu pertemuan dengan media Indonesia, Detik Hot melaporkan Bella meminta agar mendoakan yang baik-baik sahaja ketika diajukan soalan mengenai perkahwinannya itu.

"InsyaAllah, doakan ya," jawabnya ringkas ketika ditemui di Fairmont Hotel, Senayan, Jakarta Selatan, semalam.

Bagaimanapun pelakon Syurga Yang Tak Dirindukan itu tidak mahu mengulas lanjut selepas ditanya mengenai persiapan perkahwinannya.

Terdahulu, pasangan ini dilaporkan oleh media tempatan bakal berkahwin pada pertengah bulan hadapan.

Namun sehingga kini, masing-masing masih tidak mahu mengesahkannya sebaliknya melarikan diri setiap kali diajukan mengenai hubungan mereka.