Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Insya-Allah Saya Akan Menjadi Seorang Yang Lebih Baik ....." - Fathia Latiff

Rozaimi Zubaidi
03/04/2019 03:03 MYT
Pelakon Fathia Latiff mengakui bersyukur apabila masih menerima sokongan daripada pangikutnya di media sosial.

Menurut Fathia, pengalaman masa lalu membuatkan dirinya menjadi lebih baik dan dia berusaha untuk memperbaiki kekurangan yang ada pada dirinya.

"Saya mahu berterima kasih kepada semua yang masih menyokong saya dan memberi semangat untuk meneruskan kerjaya seni.

"Bagi saya setiap perubahan harus bermula daripada dalam dan Insya-Allah saya akan menjadi seorang yang lebih baik selepas ini.

"Sebagai seorang manusia saya harus belajar daripada kesilapan dan memperbaiki kekurangan yang ada pada diri," katanya kepada Gempak.

Fathia berkata demikian ketika ditemui pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia (FFM30), di Putrajaya, baru-baru ini.

Sebelum ini nama Fathia pernah terpalit dengan beberapa kontroversi apabila menari berpakaian seksi di aplikasi Bigo Live.
#pelakon #Pelakon #Fathia Latiff