Baru-baru ini aktres jelita Nur Fazura telah mengalami kecederaan apabila pergelangan tangannya melecur akibat terkena minyak panas.

Akibat daripada itu terdapat gelembung tumbuh di permukaan kulit tangannya itu.

BACA: "Saya Terpaksa Pecahkan..." - Fazura Melecur Terkena Minyak Panas

Terbaru, Fazura sekali lagi memuat naik gambar tangannya yang dilihat semakin pulih.

Gambar berkenaan dikongsi menerusi akaun Twitternya.

"Bagi yang penuh kasih-sayang serta prihatin tanya pasal keadaan tangan Faz, ini gambar terkini.

"Beransur pulih. InsyaAllah tak lama lagi sembuh ni. Mudah-mudahan.. Amin! Terima kasih sebab selalu tanya khabar dan doakan Faz," katanya.

Sementara itu menerusi pemantauan Gempak, rata-rata netizen mendoakan supaya tangan pelakon utama Dendam Pontianak itu kembali sembuh.