Intan Ladyana Terima Jambangan Bunga Daripada Harris Alif Sempena Birthday Ke-38.. Peminat Kata Sweet, Ada Yang Kata Muka Seiras!

Kamaruddin Razal
Jun 3, 2020 01:30 MYT
Aktres Intan Ladyana menerima jambangan bunga sempena sambutan hari lahir ke-38 daripada kekasih hatinya, penyanyi remaja Harris Alif.
Intan memuat naik foto jambangan bunga kiriman Harris, 21, di laman Instagram miliknya.
"Terima kasih," tulis Intan ringkas bersama emoji berbentuk hati.
Selain itu, di laman Instagram Harris, bekas juara Idola Kecil musim ketiga ini turut memuat naik foto mesra bersama Intan.
"Happy birthday my lucky charm," tulisnya di ruangan kapsyen berserta emoji senyuman.
Di ruangan komen, rata-rata peminat mengatakan yang wajah Harris dan Intan mempunyai persamaan.
Pasangan ini mula berkongsi kemesraan mereka di laman Instagram semenjak beberapa minggu lalu.
BACA:Beza Usia 17 Tahun, Muat Naik Foto Baju Raya Sedondon... Harris Alif Bercinta Dengan Intan Ladyana?
BACA: "Hati Dia Sangat Baik" - Jarak Usia 17 Tahun Tak Halang Harris Alif Jalin Hubungan Dengan Intan Ladyana
BACA: Perancangan Untuk Bawa Hubungan Dengan Intan Ladyana Ke Peringkat Lebih Serius? Ini Jawapan Harris Alif
Mengakui sudah mengenali lebih 10 tahun, mereka menjalin hubungan cinta selepas rapat semenjak beberapa bulan lalu.
#Intan Ladyana #Harris Alif #Harris Alif Intan Ladyana