Selepas tiga tahun berlalu dengan episod duka dalam kisah rumah tangganya, Intan Salleh kini bergelar isteri.

Intan atau nama sebenarnya Intan Liana Salleh selamat diijabkabulkan dengan seorang jejaka dikenali sebagai Aizam Yahya pada Isnin.

Berita gembira itu dikongsi Intan menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.

“With my whole heart for my whole life. InsyaAllah… Tak banyak yang ku pinta hanya kekal hingga ke syurga,” tulisnya

A post shared by انْتَان لِيَانَا بِنْتِ صَالِح (@__iiiintan.saleh)

Intan juga kelihatan sebak sewaktu suaminya menyarungkan cincin.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan selamat pengantin baru selain berasa gembira melihat Intan bertemu jiwanya.

Mereka juga berharap agar suami Intan dapat menjaganya dengan baik hingga hujung nyawa.

A post shared by انْتَان لِيَانَا بِنْتِ صَالِح (@__iiiintan.saleh)

Terdahulu, Intan pernah berkahwin dengan pemuzik, Ude Wahid pada 1 Mac 2013.

Kontroversi tercetus apabila Ude mengahwini pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 dalam sebuah majlis tertutup.

Bagaimanapun pasangan Intan dan Ude ini membuat keputusan untuk bercerai talak satu pada 22 Mac 2018 selepas Ude mengahwini Izreen.

Hasil perkongsian hidup itu, Intan dikurniakan dua orang anak lelaki, Arish Muqri, 7 dan Ariq Muqri, 4.