Hiburan

Inteam Edarkan Bantuan Makanan Kepada Gelandangan di Kanada Pada Hari Krismas

gempak
Kamaruddin Razal
03/01/2020
11:51 MYT
Sponsor Banner
Inteam Edarkan Bantuan Makanan Kepada Gelandangan di Kanada Pada Hari Krismas
Bukan sekadar hadir untuk mengadakan persembahan, kumpulan Inteam turut sempat menyertai satu program amal ketika mereka berkunjung ke Toronto, Kanada, baru-baru ini.
Mengembara ke Kanada bersempena Konvensyen Reviving Islamic Spirit, perjalanan mereka lebih bermakna apabila kumpulan Inteam dapat menyertai satu program yang diadakan di Brantford.
Inteam berpeluang memberi pek makanan kepada gelandangan yang berlindung di rumah perlindungan di sini dalam keadaam cuaca yang sangat sejuk.
Program amal ini telah dianjurkan bersama Komuniti Melayu dan Persatuan Muslim Brantford serta Masjid Brantford dan diadakan pada 25 Disember iaitu pada hari Krismas.
"Kami bersyukur dapat terlibat dalam program amal ini dengan memberi mereka bantuan makanan tengah hari. Dalam acara amal terbabit, penerima sumbangan kebanyakannya merupakan mereka yang beragama Kristian.
"Malangnya, mereka tidak dapat menyambut perayaan mereka pada hari tersebut disebabkan kesukaran hidup yang dihadapi.
"Apa yang menarik, program ini diadakan oleh pihak masjid dan mereka memberikan bantuan tidak mengira pihak," kata Syah selaku ketua kumpulan nasyid Inteam.
BACA: Inteam Bersyukur Dapat Sambutan Hangat di Kanada
Kumpulan Inteam berada di bumi Kanada bermula pada 18 Disember 2019 sehingga 29 Disember 2019 lalu bersempena Konvensyen Reviving Islamic Spirit.
Mendapat sambutan hangat, hampir 10,000 penonton hadir ke majlis yang diadakan setiap tahun itu.
Program Reviving Islamic Spirit ini telah diadakan setiap tahun sejak 17 tahun yang lalu menghimpunkan para ulama dan pendakwah Islam terkenal dan berpengaruh dari serata dunia khususnya dari sebelah Amerika dan Eropah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live