Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ira Kazar Muncul Dengan Penampilan Baharu, Nampak Lebih Berisi & Wajah Berseri Main Dengan Anak Kecil

Mya Amri
07/06/2024 04:56 MYT
Sudah agak lama tidak mendengar khabar tentang isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Jika sebelum ini Ira sering memuat naik videk masakan ringkas dan memenuhi permintaan pengikutnya berkongsi pelbagai jenis resipi mudah di TikTok, namun wanita itu sudah lama mendiamkan diri secara tiba-tiba.

Ira kongsi video dengan anak kecil

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengenai perkembangan terkini Ira.

Bagaimanapun, Ira secara tidak langsung berkongsi tentang penampilan baharunya di akaun Instagram pada Khamis.

BERITA TRENDING: Lama Menyepi, Ramai Tanya Ira Kazar - “Mana Next Resipi, Macam Lama Tak Ada Hello Everyone”

BERITA TRENDING: “Lembut, Patut Suami Sayang”- Netizen Terpegun Dengar Suara Video Voice Over Ira Kazar!

Ira kelihatan berisi dan berseri

Menerusi video pendek yang dikongsi, jelas merakamkan wajah Ira yang kelihatan berseri selain bentuk badannya juga sedikit berisi.

Dalam video tersebut, Ira sedang tersenyum sambil bermain dengan seorang anak kecil.

Namun, Ira tidak pula menjelaskan siapakah gerangan bayi comel yang bersamanya dalam video berkenaan.

BERITA TRENDING: Sudah Lama Terputus Hubungan Dengan Syamsul, Yusof Haslam Enggan Komen Dakwaan Ira Kazar Hamil

BERITA TRENDING: Tetap Jaga Ukhuwah Dengan Keluarga Puteri Sarah, Yusof Haslam Tak Ambil Hati Syamsul Tak Pulang Beraya

Terdahulu, heboh khabar angin mengatakan Ira kini sedang berbadan dua. Malah ada dakwaan mengatakan, pengarah popular itu mengalami alahan sepanjang tempoh kehamilan isterinya.

Bagaimanapun, usia kandungan Ira tidak diketahui.

Untuk info, Syamsul mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar yqng juga merupakan anak kepada aktor Kazar Saisi pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Sebelum ini Syamsul pernah berkahwin dengan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

#Syamsul Yusof #Ira Kazar
;