Kehadiran pelakon Didie Alias yang mengiringi perjalanan akhir arwah bekas suaminya, Ridzuan Hashim yang meninggal dunia pada pagi Khamis menarik perhatian netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen memuji keikhlasan Didie yang menguruskan proses pengembumian Allahyarham dari awal sehingga selesai biarpun mereka sudah lama berpisah.

“Respect dengan Didie ni… siap pesan kalau arwah ada hutang dengan sesiapa boleh jumpa dia. Ini dia yang mengiringi arwah.

“Disini kita dapat menilai kesetiaan seorang isteri sehingga akhir hayat… walaupun bekas suami. Semoga roh arwah dirahmati Allah.

“Teladan untuk kita semua… biarpun dah berpisah tetap menjadi kawan. Berpisah dulu pun tak kecoh sangat. Lagi pula anak ramai kecil-kecil lagi.

“Terbaik Didie Alias… walaupun arwah, bekas suami dia tapi dia buat yang terbaik,” komen beberapa netizen.

Terdahulu, Ridzuan, 62, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur selepas disyaki terkena serangan jantung pagi Khamis.

Berita pemergian pelakon yang dikenali sebagai watak King dalam filem KL Gangster itu disahkan Didie Alias sendiri menerusi laman sosial, Instagram (IG) kira-kira jam 2.50 petang semalam

Ridzuan berkahwin dengan Didie pada 1991 dan dikurniakan lima cahaya mata, namun perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga 2002.