YouTuber terkenal Isa Isarb sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila menawarkan RM10,000 sebagai hadiah kepada pengikut media sosialnya.

Walau bagaimanapun, wang berkenaan bukanlah diberi secara terus sebaliknya diterbangkan ke langit menggunakan belon.

Perkara itu dikongsi Isa menerusi satu posting di Instagramnya.

“Terbangkan RM10,000 dalam bentuk satu ringgit ke langit.

“Sebelum ini pernah terbangkan sama tapi dalam bentuk cek, tak ada orang jumpa pun.

“Kali ini ambil idea baru untuk terbangkan,” katanya.

Jelasnya, wang berkenaan diterbangkan sekitar kawasan Klang dan peminat yang bernasib baik berkemungkinan memperoleh ‘habuan’ tersebut.

“Siapa dapat, dapatlah dekat Klang. Lepas tiga jam dia akan turun balik,” katanya.

A post shared by Isa Isarb (@isaisarb)

Sementara itu, menerusi ruang komen, rata-rata netizen tidak sabar menantikan duit tersebut ‘menyembah bumi’.

Pun begitu, ramai juga kecewa apabila belon berisi tidak sampai ke rumahnya.

Sekadar info, Isa Sarb atau nama sebenarnya Isa Batharul Zaman, 23, merupakan Instafamous dan YouTuber terkenal di Malaysia.

Nama Isa Isarb mula menjadi sebutan di bibir masyarakat selepas menghasilkan beberapa video yang berkonsepkan ‘challenge‘ dan ‘prank‘ di platform YouTube.

Sehingga kini akaun YouTube Isa Sarb mempunyai seramai 2.25 juta ‘subscriber’.