Hiburan
Isa Khan Susah Hati Risteena 'Hilang' Selama 30 Minit, "Tunang Saya Fikir Kena Culik Atau Ragut"
Pelakon Risteena tidak menyangka tunangnya Isa Khan yang juga seorang aktor seorang yang cepat panik.
Risteena, 31, berkata gara-gara dirinya tidak dapat dihubungi kira-kira setengah jam membuatkan Isa menyangka dia diculik atau diragut.
"Semalam saya hilang sekejap setengah jam, tunang saya fikir saya kena culik, ragut atau sesuatu yang tidak baik berlaku.
"Semalam ketika memandu balik dari rumah dia, memang tak tengok phone. Selalunya sepanjang perjalanan memang akan cakap phone sampai dah sampai rumah.
"Tapi semalam kebetulan kereta polis banyak, and tak sempat nak ambik phone dalam beg pun untuk tengok. Tak sangka hilang setengah jam pun tunang saya dah risau macam tu.
"Sampai je kat rumah, baru tengok phone. Missed calls tak payah cakap la berapa banyak. Tengok-tengok tunang saya dah sampai dah kat bawah rumah.
"Macam tak percaya langsung sebab baru sangat je masuk rumah. 10 minit je datang dari Cheras ke Gombak. Siap datang dengan kakaknya and Qirin. Kesian diorang!
"Memang kena marah terus la lepas tu. Apa lagi .Takpe, sekurang-kurangnya saya tahu kalau saya hilang, awak akan cari saya, Myhero!" kongsinya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pelakon yang mencipta populariti menerusi drama, Playboy Itu Suami Aku turut memberi amaran kepada sesiapa yang berniat jahat terhadap dirinya perlu berhadapan dengan Isa.
"Jadi kalau sesiapa ada niat nak buat bukan-bukan kat I, lupakan saja ya. Nanti korang kena berdepan dengan tunang saya yang garang ni.
"Untuk tunang saya, saya rasa selamat sejak awak jaga saya. Tak boleh bayangkan kalau awak takda. Ibu bapa saya dah boleh harapkan awak. I love you, sayang. Cinta hati saya," tulisnya lagi.
Risteena dan Isa, 27, telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.
Terdahulu, hubungan mereka sudah dihidu umum, namun masing-masing mengunci mulut sebelum mengesahkan status perhubungan mereka menerusi satu sidang media pada 6 Disember tahun lalu.
Risteena sepatutnya bertunang bersama pelakon Ikhwan Khairudin, 29, pada 19 Oktober lalu, namun hubungan mereka putus di tengah jalan.
Must-Watch Video