Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

IShowSpeed Tiba Di KL, Terima Baju Batik, Gundam Daripada peminat

Ernalisa
18/09/2024 05:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed kini berada di Malaysia sempena siri jelajah sulungnya ke Asia Tenggara.

Pemilik nama sebenar Darren Jason Watkins Jr. sebelum itu telah berkunjung ke Vietnam, Kemboja serta Thailand dan kemudiannya meneruskan perjalanannya ke negara ini.

BERITA BERKAITAN : Nani Roslan Berang Dengan Abang Bas, Video ‘Ajar’ Netizen Tular | Motif Trending

BERITA BERKAITAN : Isu Rumah Tangga Fattah & Fazura, Umie Aida Titip Nasihat - “Kita Semua Tak Perlu Masuk Campur”

BERITA BERKAITAN : Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

BERITA BERKAITAN : Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama


Dia dijadual mengakhiri siri jelajah tersebut, yang bermula dari 14 hingga 22 September ini di Singapura.

Sementara itu, Speed yang sedang melakukan penstriman langsung di akaun YouTube mliliknya sebentar tadi dilihat menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia.

Semakan Astro AWANI ketika siaran langsung tersebut mendapati seorang penunggang motosikal mendekati kenderaan yang dinaiki pemuda berusia 19 tahun itu sebelum memberinya sebuah robot 'Gundam'.

Sepanjang siaran langsung tersebut, beberapa peminat turut menyapa Speed ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat, selain ada yang bersorak dan membunyikan hon.

Selain robot, Speed juga menerima beberapa helai baju batik daripada peminat sebelum dia tiba di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur sekitar jam 6.30 pada Selasa.

IShowSpeed merupakan seorang penstrim paling terkenal di YouTube, dan meraih populariti melalui kandungan tidak terduga merangkumi permainan video, reaksi langsung, dan sketsa komedi.

Dia terkenal kerana minatnya yang mendalam terhadap bola sepak dan sering meniru aksi "sui" bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.

SUMBER: Awani

#di #KL #Tiba #IShowSpeed