,
Hiburan

Isu Rumah Tangga Fattah & Fazura, Umie Aida Titip Nasihat - “Kita Semua Tak Perlu Masuk Campur”

Firdaus
16/09/2024
03:55 MYT
Isu rumah tangga antara pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini menggemparkan industri hiburan dan telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis.

Titip Nasihat

Dalam satu hantaran di TikTok, pelakon Datin Seri Umie Aida memuat naik video memaparkan Fattah sedang duduk di atas sofa.
Susulan pergolakan rumah tangga Fattah dan Fazura yang sedang menjadi perbualan ramai, Umie meminta agar pihak di luar sana supaya tidak mengganggu urusan pasangan itu.

"Kita semua tak perlu masuk campur dalam ujian yang mereka...

“Adalah terbaik, kita semua tak perlu masuk campur dalam ujian yang mereka lalui,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Embun tersebut juga sempat menitipkan nasihat untuk orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya melemparkan kata-kata nista sebaliknya mendoakan kebahagiaan mereka.
“Ingat kita sendiri pun ada lalui ujian dalam setiap kehidupan kita. Jadi berhati-hati dengan lisan kita semua ya. Cukup mendoakan yang baik-baik buat mereka.
“Tak perlu nak team A atau team B. Sayang Fazura dan Fattah,” katanya.
@umieaida_9
InsyaAllah doa yang baik semoga segalanya berjln dgn baik buat mereka berdua. Sayanggggg Faz & Fattah ❤️♬ Renungan Diri - Anto D'Ryuzaki Untuk info, Umie dan Fattah digandingkan bersama menerusi satu drama.
Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah menjadi spekulasi di media sosial apabila mereka didakwa sudah tidak lagi meninggalkan komen atau memberi tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.

BERITA TRENDING: Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama

BERITA TRENDING: Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

​BERITA TRENDING: “Saya Sudah Ada Isteri, Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?” - Video Fattah Amin Ulas Tentang ‘Penyondol’ Kembali Tular

​BERITA TRENDING: Pengawal Peribadi Fazura ‘Spill The Tea’, Dakwa Fattah Amin Disondol Oleh Stylist?

Malah, mereka juga tidak lagi memuat naik foto bersama di platform media sosial. Walau bagaimanapun, Fazura sebelum ini menafikan dakwaan hubungannya dengan suami bermasalah.
Sehinggalah pada pagi Jumaat, Fazura memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Lalui Fasa Perceraian, Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Buat Pasangan Dah Berpisah - "Kalau Rasa Tak Boleh Hidup Sama, Baguslah..."

gempak
09/10/2024
12:25 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad menitipkan pesanan kepada pasangan yang sudah bercerai tidak kira lelaki mahupun wanita agar tidak membuka aib satu sama lain.
Hiburan

Video Lama Kembali Tular, Netizen Sebak Lihat Effort Fattah Surprise Fazura - “Sedihnya, Semoga Mereka..."

gempak
09/10/2024
11:55 MYT
Gara-gara kontroversi kes penceraian selebriti Fattah Amin dan Fazura, video lama pasangan tersebut kembali tular.
Hiburan

Fazura Tidak Setuju Lagu Duet Dengan Fattah, Bertahan Demi Cinta Dipasarkan

gempak
09/10/2024
01:58 MYT
Pengurus Fazura, Iman Tang memaklumkan pelakon dan penyanyi itu tidak mengetahui lagu duet bersama bekas suami, Fattah Amin, Bertahan Demi Cinta dipasarkan hanya beberapa hari selepas mereka bercerai.
Hiburan

Koleksi Beg Tangan Mewah Fazura Buat Netizen Kagum - “Memang Kaya Sungguh…”

gempak
08/10/2024
23:55 MYT
Pelakon jelita, Nur Fazura sering menyorot perhatian dengan koleksi beg tangan daripada jenama mewah yang dimilikinya.
Hiburan

“Dua Peguam 'Side' Fattah Amin, Kes Berat Ni” - Netizen

gempak
08/10/2024
21:55 MYT
“Selepas 15 tahun mengendalikan kes fitnah dan syariah, maaf saya ‘team’ Fattah Amin," tulisnya.
BorakSeeni