Penyanyi Ismail Izzani mencuri tumpuan peminat apabila memuat naik gambar sedang berdiri sambil membeli sehelai seluar dalam.

Dengan berseloroh, kata Ismail kepada ibunya, Datin Suliza Salam, dia kini sudah boleh berkahwin memandangkan sudah mampu membeli seluar dalam sendiri.

"Mama, Zani dah boleh kahwin lah sebab dah beli seluar dalam sendiri!" tulisnya.

A post shared by @ismailizzani_


Justeru, balas ibunya; "Anak bertuah... Ada ker yang nak kahwin dah dengan sayang manja mama ni?"

Posting pelantun lagu Luar Biasa itu mencetuskan pelbagai reaksi peminat di ruangan komen.

Rata-ratanya terhibur malah tidak kurang juga yang kurang senang dengan tindakan Ismail itu.

"Pahal ni tunjuk seluar dalam, tak malu ke?" soal salah seorang pengguna yang kemudiannya ditempelak ramai.

Tidak kurang juga komen-komen nakal yang bertanyakan saiz seluar dalam yang dipakai Ismail.

Dalam pada itu, jangan lupa untuk sama-sama mengundi artis kesayangan korang yang tercalon dalam Gempak Most Wanted di sini.

Undian akan ditutup pada 28 Disember, jam 6 petang. Jadi tunggu apa lagi? Jom undi!