Laman Utama

‘Isnin Cuti’ Trending Di Twitter, Netizen Happy Anwar Tunai Janji - “Not Malaysian La Kalau Tak Suka Holidays”

Izwan Isa
24/11/2022
15:28 MYT
Nampaknya, hampir seluruh rakyat Malaysia menyambut baik pengisytiharaan hari Isnin depan sebagai hari cuti umum.
Meninjau platform Twitter, frasa ‘Isnin Cuti’ dilihat memasuki senarai sohor kini (trending) dengan lebih 24,000 kali ciapan oleh pengguna-pengguna platform berkenaan di Malaysia ketika artikel ini ditulis.
Antara ciapan yang ditinggalkan oleh pengguna Twitter termasuklah:
“Adil untuk semua negeri, since ada negeri yang cuti hari Jumaat.”
“Steady! Ini baru PH (public holiday) yang sebenar.”
“Berita yang bagus untuk didengar selepas hampir seminggu setiap rakyat bekerja tanpa mengira penat tanpa rehat… walaupun hanya sehari (cuti), kami sangat hargainya. Terima kasih semua. Terima kasih kerajaan. Terima kasih Tuhan.”
Dalam pada itu, ada yang bertanya, bukankah Malaysia sudah mempunyai banyak cuti umum sebelum ini. Namun, ciapan tersebut dijawab oleh seorang netizen: “Not Malaysian la kalau tak suka holidays,” katanya.
Sah, bukan esok! Tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri @anwaribrahim isytihar cuti umum pada Isnin (28 November 2022).#AWANInews#PilihanMalaysia#AnwarIbrahim#PM10 pic.twitter.com/pGRdRww5q4— ??Astro AWANI?? (@501Awani) November 24, 2022 Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin depan sebagai cuti umum pada sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, di Sungai Long Golf and Country Club, Selangor sebentar tadi.
"Saya sudah bincang dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali... dengan Yang di-Pertuan Agong kerana saya sudah janji untuk beri cuti... dan dianjak kepada Isnin depan" katanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

A.R Rahman Bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Ini Hal Yang Dibincangkan!

gempak
10/07/2024
06:36 MYT
Meskipun jadual padat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertemu dengan penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman di Bangunan Parlimen, semalam.
Berita

Mengangkat Tema Jihad & Perjuangan, Anwar Ibrahim Ajak Orang Ramai Hadir Pementasan Haji Murat

gempak
24/06/2024
11:55 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai bersama-sama hadir, ikuti dan hayati pementasan teater 'Haji Murat' yang akan dipentaskan selama empat hari di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, bermula Rabu ini.
Viral

Penurunan Harga Telur: Peniaga Lega, Bantu Kurangkan Kos Operasi

gempak
17/06/2024
15:00 MYT
Penurunan harga runcit telur ayam gred A, B, dan C sebanyak 3 sen sebiji berkuat kuasa pada Isnin memberi kelegaan kepada golongan peniaga terutamanya yang melakukan perniagaan kecil-kecilan selain turut disambut baik pengguna di seluruh negara.
Berita

Harga Runcit Telur Gred A, B, C Diturunkan 3 Sen

gempak
17/06/2024
08:21 MYT
Kerajaan memutuskan harga runcit bagi telur gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terkini

PMX Sambut Baik Hasrat Pelaburan RM9.41 Bilion Google Di Malaysia

gempak
30/05/2024
04:52 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pengumuman pelaburan asing ke Malaysia, susulan pengumuman gergasi teknologi Google di Malaysia sebanyak AS$2 bilion (RM9.41bilion) baru-baru ini.