Hiburan
Isteri Ahli Perniagaan Dakwa Suami Jalin Hubungan Sulit Dengan Pelakon Alya Iman?
Isteri kepada seorang ahli perniagaan pada petang Jumaat menerusi laman sosial Instagram (IG)nya mendakwa suaminya menjalin hubungan sulit dengan pelakon baru Alya Iman.
Wanita tersebut mendakwa suaminya sudah setahun menjalin hubungan dengan anak kepada pelakon lagenda, Azmil Mustapha itu.
“Home wrecker,” dakwa wanita tersebut di ruangan kapsyen pada salah satu foto yang dimuat naik di IG storynya berserta beberapa lagi foto Alya.
“Dia hidup mewah dengan duit suami saya selama 12 bulan! Ikut suami saya travel naik business class.
“Semua beg tangan mewah dan Rolex pemberian suami. Tolong beritahu dia supaya buka tudung tapi tutup p****!,” dakwanya lagi.
Selain itu, wanita terbabit turut memuat naik foto dipercayai Alya yang bahagian wajahnya ditutup dengan emoji najis sedang duduk di dalam sebuah kereta mewah.
“Sitting in my Mercedes like a queen!,” dakwanya.
Ekoran itu beberapa pengikut di laman sosial IG menyokong dakwaan wanita tersebut mengenai Alya.
“Hi Penny, saya dengar dia ni ada lelaki lain juga. Kaya juga,” tulis seorang warganet.
Gempak cuba mendapatkan Alya untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan ini, namun panggilan telefon dan Whatsapp tidak dijawab.
Alya Iman atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil, 19, sebelum ini menepis dakwaan sedang menjalin hubungan dengan pelawak Zizan Razak.
Must-Watch Video