Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Isteri Baim Wong, Paula Verhoeven Pakai Tudung Sebab Takut Mati

Maliah Surip
06/07/2024 12:55 MYT
Pada saat rumah tangga pasangan selebriti Indonesia, Baim Wong dan isteri Paula Verhoeven dikhabarkan sedang bermasalah, Paula Verhoeven tenang memberi fokus terhadap dirinya sendiri.

BERITA TRENDING: Baim Wong & Isteri Kini Menjadi Pasangan Yang Paling Dibenci Di Indonesia? Ini Sebab-Sebabnya…

Paula yang merupakan seorang model malah berbicara mengenai keputusannya menutup aurat dan berhijab selepas pulang menunaikan umrah pada Mac lalu.

"Saya takut mati...

Menurut wanita berusia 36 tahun itu, dia tidak mempunyai alasan yang lebih kukuh daripada takut mati untuk memakai tudung.

BERITA TRENDING: Tak Nak Menyesal, Baim Wong Berazam Khatam Al-Quran Ramadan Ini

“Sebenarnya alasan saya mudah (pakai tudung). Saya takut mati,” katanya seperti dilaporkan Insertlive.

Istri Baim Wong ini mengaku sudah lama memendam hasrat untuk berhijab. Dia sudah mahu menutup aurat sejak 2019 namun hasratnya hanya terlaksana tahun ini.

Pasang Hasrat Berhijab Sejak 2019

Pada awalnya dia mencuba memakai hijab selama 40 hari selepas pulang umrah sebelum hatinya yakin untuk terus menukar penampilan lamanya kepada yang lebih baik.

BERITA TRENDING: Anna Jobling ‘Nervous’, Tak Sangka Dipilih Oleh Baim Wong - “Dia Nak Tengok Saya Depan-Depan”

“Saya sudah pasang hasrat pakai hijab sejak 2019 tapi Allah tahu mana waktu yang tepat buat kita sebenarnya," kata Paula.

"Tapi, kalau bisa putar (waktu), saya sebenarnya menyesal kerana tidak belajar agama dari dulu,” dedahnya lagi.

BERITA TRENDING: Tiada Lagi Gambar Bersama Di Media Sosial, Rumah Tangga Baim Wong Didakwa Goyah?

#pelakon #Viral #Baim Wong #Indonesia #Selebriti #Hijab #Isteri #hiburan