Laman Utama

Isteri Beli Kereta Mewah Pertama, Netizen Puji Syahmi Sazli & Anissa Faizul - “Rezeki Allah, Susah Senang Bersama”

Azwa Rahman
27/10/2021
09:55 MYT
Isteri kepada YouTuber dan pelakon Syahmi Sazli, Anissa Faizul meluahkan rasa bersyukur apabila berjaya memiliki sebuah kereta mewah pertama berjenama Mercedes menggunakan namanya sendiri.
Menerusi platform TikTok, Anissa berkongsi video momen sewaktu mengambil kereta pertamanya itu memberi kejutan kepada diri sendiri untuk tatapan umum.
Surprise diri sendiri, walaupun dah tahu hari ni pick up kereta tapi tetap nak ada mood surprise tu sebab semua urusan pasal ‘surprise’ (kereta) ni Nisa deal melalui WhatsApp je.
“Macam mana rupa kereta, interior macam mana, semua tengok kat WhatsApp je. Hari ni kita pandang pertama atau pertemuan pertama setelah satu minggu saya booking ‘surprise’ ni.
“Maafkan saya, over excited sebab ini kereta pertama atas nama sendiri. Nak menangis pun ada. Anissa, awak sangat hebat. Awak dah berjaya beli kereta idaman awak,” tulisnya menerusi perkongsian tersebut.
@anissafaizul_
Simpan buat kenangan? ##fyp ##anissafaizul ##husbandwife ##suprised♬ original sound - Anissa Faizul Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan komen yang positif terhadap perkongsian tersebut dan berpendapat Anissa selayaknya mendapat kereta mewah miliknya.
Selain itu, pasangan ini juga dijadikan idola ramai kerana sikap sentiasa merendah diri, susah senang bersama serta tidak pernah menunjuk kekayaan dalam kehidupan seharian mereka.
@tesco sedare lotus :Aku taktau la, aku suka gila tengok style wife syahmi bergaye, cara pemakaian dia, even simple, tutup aurat, macam tu pon aku rasa macam waw.”
@BLACK_JACKET :Wanita yang hebat. Dari suami tak punya apa-apa. stay susah senang sama-sama dah bahagia dengan kejayaan bersama.. tahniah buat Nissa dan Syahmi,”
@ady ali:Aku suka betui dgn cara Syahmi dan Nissa ni.. tak menunjuk kemewahan diorang.”
@R A R O S S S S:Ya Allah memang layak sangat untuk dapat nisa seorang yang baik.”
@✿ ???? ✿:Alhamdulillah tahniah. Saya follow Anisa dengan Syahmi dari awal kahwin dulu. Rezeki Allah dalam pelbagai bentuk untuk hambanya.. doakan saya jugak ye.”
@Ustaz Nik Affenddy (UNA):Tahniah Nisa dan Syahmi.. Wanita hebat kerana menjadikan suaminya hebat.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 900,000 tontonan dan 77,000 tanda suka daripada warga TikTok.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lelaki Ini Hadiahkan Diri Sendiri Kereta Mewah Bernilai RM1.7 Juta Sempena Hari Jadi, Dihantar Dengan Trak Lutsinar!

gempak
22/06/2024
06:55 MYT
Seorang lelaki menjadi perhatian perhatian netizen selepas menghadiahkan dirinya sebuah kereta berjenama mewah sempena sambutan hari jadinya.
Viral

Ramai Hairan Cik B Mampu Beli Kereta Mahal, Netizen Kirakan Untung Kasar Jualan Salmon Skin

gempak
15/05/2024
04:55 MYT
Menerusi satu akaun, pengguna platform X tersebut membantu membuat kiraan keuntungan kasar yang diterima Cik B hasil jualan snek tersebut.
Nusantara

Sule Jual Semua Kereta Mewah Dari Mustang Hingga Porsche, Sekarang Pakai Innova

gempak
14/05/2024
14:55 MYT
Namun Sule mengaku sudah menjual kesemua kenderaan mewahnya.
Hiburan

Anak Baru 2 Tahun, Atta Halilintar & Aurel Berikan Kereta Mewah Hadiah Hari Jadi

gempak
24/02/2024
05:00 MYT
Anak sulung pasangan selebriti Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah genap berusia dua tahun.
Laman Utama

Ramai Terharu Lihat Aeril Zafrel Hadiahkan Brabus 900 Rocket Edition Kepada Wawa Zainal

gempak
20/08/2023
13:26 MYT
Suka tengok Aeril dengan Wawa.