Hiburan

Isteri Bob Lokman Mohon Doakan Kesihatan Suaminya Agar Boleh Kembali Berdakwah

gempak
Fiza Kamarudin
30/01/2020
12:20 MYT
Sponsor Banner
Isteri Bob Lokman Mohon Doakan Kesihatan Suaminya Agar Boleh Kembali Berdakwah
Isteri kepada pelakon dan penulis lirik Bob Lokman berharap agar kesihatan suaminya bertambah baik supaya suaminya itu boleh kembali berdakwah seperti biasa.
"Doakan abang dikurniakan kesihatan agar dia boleh berdakwah seperti biasa,” katanya.
Isteri Bob, Relawati Daud berkata suaminya dimasukkan ke hospital UiTM, Sungai Buloh pada 19 Januari lalu akibat kekurangan oksigen pada jantung.
Pengacara, pelawak dan penulis lirik terkenal berkenaan sebelum ini diberitakan bergantung pada tabung oksigen untuk pernafasan semasa tidur sejak 2013.
Bob yang pernah menulis lirik antaranya Isabella, Rendang Tak Berbuah dan Pada Syurga Di Wajahmu juga terpaksa mengambil 15 jenis ubat-ubatan dengan kos dianggarkan melebih RM1,000 setiap bulan.
Bob juga meneruskan kelangsungan hidupnya dengan berniaga makanan sambil dibantu isteri dan arwah anak sulungnya, Mohamad Adam.
Bob dan Relawati memiliki lapan orang anak iaitu Mohamad Adam, 27, (meninggal dunia), Omar Hakim, 26, Ahmad Sufian, 25, Ahmad Rayyan, 14, Nur Amanee, 12, Luqmanulhakim, 11, Muhammad Danial, 8, dan Nur Amalin, 6.
Bagaimanapun perniagaan mereka terpaksa dihentikan kerana masalah kesihatan dihadapi Bob selain tidak mempunyai kudrat mencukupi untuk menguruskan aktiviti itu sendirian.
“Kedai dah tutup, abang dah tak larat nak masak. Sekarang dia banyak tumpukan pada kuliah maghrib di masjid-masjid atau pun surau,” katanya.
Sumber: MalaysiaKini Foto: Carian Google, Rap Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024