HIBURAN
“Saya Betul-Betul Minta Maaf” - Kak KM Akui Kesilapan, Tampil Mohon Maaf Isu Berpeluk Dengan Saiful Apek
Pempengaruh terkenal, Kak KM tampil menjelaskan isu tular melibatkan dirinya dan pelawak terkenal, Saiful Apek, yang menerima kecaman hebat selepas aksi mereka berpelukan di media sosial.
Menurut Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli, dia mengakui kesilapannya kerana membiarkan pelawak itu memeluk pinggangnya di dalam video tersebut.
Baginya, kejadian itu berlaku secara spontan kerana keterujaannya untuk bergambar bersama Saiful Apek.
"Saya betul-betul nak minta maaf. Ini memang kesilapan saya sendiri sebab dalam video itu, abang Saiful Apek kelihatan memegang pinggang saya. Memang perkara itu tidak betul.
“Tapi kalau difikirkan, apabila kita mahu bergambar, secara spontan kita akan tarik orang di sebelah. Benda itu tidak disengajakan, tetapi tetap salah," katanya ketika dihubungi Gempak.
Pada masa yang sama, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu turut mendedahkan suaminya berada di hadapannya ketika kejadian berlaku.
Jelas Kak KM, suaminya tidak membiarkan perkara itu berlaku tanpa pengawasan dan tidak melihatnya sebagai sesuatu yang keterlaluan atau tidak wajar.
BERITA BERKAITAN: Kak KM Beli Rumah Untuk Setiap Anak, Netizen Kagum - “Yang Ni Serius Respek, Bab Family Memang Perfect Dia Jaga”
BERITA BERKAITAN: Dibandingkan Dengan Adik-Beradik Lain, Kak KM Pernah Terasa Hati Dengan Normah Damanhuri - “Dia Tetap Ibu Saya”
BERITA BERKAITAN: “Suara Kak KM, Muka Mas Idayu” - Netizen Terhibur Dengan Gaya & Percakapan Tatty Hassan
BERITA BERKAITAN: Baru Nak ‘Feeling' Macam Rose Blackpink, Netizen Pula Cakap Isteri Haqiem Rusli Macam Kak KM... Ini Respons Tuan Badan
Hal ini kerana suaminya memahami hubungan antara Kak KM dan Saiful Apek hanyalah sekadar seperti abang dan adik.
"Suami saya ada di situ, bukanlah dia membiarkan sahaja. Kalau orang luar berada di tempat kejadian, mereka pasti akan faham situasi itu. Kami semua hanya bergurau seperti adik dan abang.
“Suami saya tahu dan dia sendiri tidak menganggap perkara itu keterlaluan. Lagi pula, Saiful Apek sangat menghormati mak saya dan suami saya,” jelasnya.
Bagaimanapun, pempengaruh itu menerima teguran yang diberikan kerana dia sedar setiap manusia pasti melakukan kesilapan.
Katanya lagi, teguran daripada orang lain bukanlah satu kesalahan dan dia harus menerimanya dengan hati yang terbuka, asalkan ia disampaikan dengan cara yang baik.
"Kita ni manusia biasa sahaja. Memang tak lari daripada melakukan kesilapan. Yang menegur tu tak salah, saya menerimanya dengan hati yang terbuka, asalkan dengan cara yang baik.
“Sekali lagi saya menegaskan bahawa perkara itu tidak disengajakan dan berlaku secara spontan. Betul-betul macam abang dan adik. Lagipun, abang Saiful Apek memang baik dengan mama saya. Jadi, perkara itu terjadi secara tidak sengaja,” tegasnya.
Terdahulu, tular video Kak KM sedang berpeluk mesra bersama pelawak terkenal, Saiful Apek di sebuah majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Must-Watch Video