Skip to main content

Budaya Popular

Isteri Caprice Beri Nasihat, Jangan Dengki Dengan Kehidupan Orang Lain - “Dekat Socmed Ini Kalau Kita Happy Orang Sakit Hati…”

astro_gempak_isteri-caprice-beri-nasihat-jangan-dengki-dengan-kehidupan-orang-lain.jpg
Isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis memberi nasihat supaya jangan sesekali terdetik rasa cemburu melihat kehidupan orang lain terutamanya di media sosial.
 

Jangan terdetik rasa cemburu

 
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Farra Inalis atau lebih mesra disapa Elis menyatakan apabila timbulnya perasaan dengki itulah yang membuatkan rasa syukur itu hilang dalam diri.
 

“Media sosial ini kalau tengok, tengok sahaja. Sekadar nak isi masa terluang. Jangan sesekali terdetik dalam hati kenapalah kehidupan aku tak macam dia.

 
“Kenapalah bini aku tak cantik macam bini dia. Kenapalah laki aku tak sweet dan kaya macam laki dia.
 
“Kenapalah anak aku tak comel dan bijak macam anak dia. Sebab that "KENAPALAH" akan padam rasa syukur dalam diri. Dah tak nampak apa yang ada depan mata.
 
“Nikmat Allah bagi pinjam ada isteri, suami, anak, tempat berteduh, harta benda, tak kisahlah walau sederhana sekali pun tetaplah bersyukur,” tegasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Ulas Isu ‘Child Free’, Caprice Akui Hidup Berubah Lepas Punyai Zuriat – "Dulu Tidur Bergantung Pada Ubat”

ARTIKEL BERKAITAN:Caprice & Isteri Berhenti Kongsi Mengenai Anak Di Laman Sosial - “Maaf Untuk Ibu Bapa Yang Suka Sama-Sama…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Yang Tak Setuju Bab Melutut, Saya Mohon Maaf” - Case Closed! Caprice Harap Jadi Pengajaran Buat Keyboard Warriors

ARTIKEL BERKAITAN:Michael Ang Tak Setuju Budaya Minta Maaf Sambil Melutut - "Nak Orang Minta Maaf Tak Perlu Post Di Media Sosial"

ARTIKEL BERKAITAN:“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut


Tak semua kehidupan dalam media sosial benar

 
Dalam pada itu, Elis juga menyatakan bahawa kehidupan yang di tunjukkan atau dimuat naik oleh pengguna media sosial itu tidak semestinya benar belaka.
 
“Dah banyak kita tengok dekat socmed pasangan nampak sweet, kaya akhirnya berkecai juga. Apa yang ditayang tak semestinya betul belaka, kamu hanya dapat tengok apa yang di tunjuk. Yang tak ditunjuk? 
 

“Mungkin lagi teruk daripada kehidupan orang yang duduk merungut ‘kenapalah’. Dunia sekarang dah macam dunia fantasi, kita sendiri boleh reka watak apa kita nak hidup dekat socmed. 
 
“Sampai diri sendiri terlalai dibuai pujian dan like dari netizen. Pendek kata dekat socmed ni kalau kita happy orang sakit hati, kita sedih orang tepuk tangan.

 
“Itulah hakikat duniawi. Jadi hati-hati. Jaga diri  dan keluarga sendiri sahaja okay,” kongsinya.
 
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian Elis.
 
Malah mereka juga turut berterima kasih atas nasihat yang diberikan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Farra InaLis (@farra_inalis)

Untuk info, Caprice dan Elis mendirikan rumah tangga pada November 2022. 
 
Hasil perkahwinan itu, padangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Airiel Qashaf.
 
Elis juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.
 

Advertisement

Must-Watch Video