Isteri pertama pendakwah bebas yang kini sedang tular Da'i Farhan, Fatin Nurul Ain mengakui telah diceraikan suaminya semalam menerusi aplikasi WhatsApp.

BACA: Selepas Nikahi Janda Anak 8, Da'i Farhan Didakwa Cerai Isteri Pertama Yang Sedang Sarat Hamil Menerusi WhatsApp

Jelas Fatin, dia menerima lafaz talak daripada bekas suaminya secara audio dan menerima takdir dengan hati terbuka.

"Alhamdulillah Allah memberikan kekuatan pada diri saya untuk menerima ketentuan iaitu bahtera rumah tangga yang dibina pada 19 Februari 2015 berakhir dengan lafaz talak satu melalui audio aplikasi WhatsApp pada 3 Disember 2019.

"Saya menerima takdir ini dengan sepenuh hati walaupun secara fitrahnya tiada isteri yang bergelar ibu berkehendak perkara ini terjadi lebih-lebih lagi sebelumnya saya menerima kehadiran orang ketiga dalam hidup keluarga kami," kata Fatin.

Fatin turut tampil mempertahankan maruahnya yang diceraikan disebabkan nusyuz.

Kata Fatin tuduhan itu telah mencemarkan maruah seorang wanita sepertinya yang kini sedang sarat hamil anak kedua.

"Amat malang bagi saya kerana menerima hukuman nusyuz ini tanpa melalui proses pengadilan yang sepatutnya dan saya terpaksa berdepan dengan respon masyarakat yang pelbagai," ujarnya.

Justeru, Fatin telah membuat satu laporan polis demi keselamatan dirinya.

"Merasa diri terancam dan perasaan takut serta selamat telah hilang menyebabkan saya menerima saranan keluarga untuk membuat laporan polis.

"Laporan itu bukan untuk menghukum tetapi untuk keselamatan diri saya," tambah Fatin.

Rayu Fatin agar bekas suaminya tidak diaibkan yang boleh mencalarkan imej bapa kepada anaknya dan minta diberikan ruang untuk urusan itu diselesaikan sesama keluarga.

Malah, Fatin memohon orang ramai terutama golongan wanita agar menjadikan kisah rumah tangganya sebagai satu pengajaran.





Sebelum ini tular kisah peribadi Da'i Farhan apabila dia mengumumkan telah mengahwini seorang janda anak lapan di Makkah.

BACA: "Dendam Sampai Meroyan Viralkan Fitnah!" - Dai Farhan Jawab Isu Surat Terbuka Kahwin Janda Anak 8

Perkahwinan itu didakwa tidak mendapat restu isteri pertamanya namun kenyataan telah disangkal oleh Fatin.

BACA: "Tipulah Tak Kecewa, Marah & Stress" - Reda Dalam Paksa, Isteri Pertama Dai Farhan Akhirnya Bersuara

Pendedahan pernah didampingi oleh 18 wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri Farhan kembali mencetuskan ketegangan di media sosial.

BACA: "Allah Dah Tetapkan Kita Nikah Tarikh Itu" - Da'i Farhan Jawab Sebab Madukan Isteri Pertama Sedang Sarat Hamil

BACA: Da’i Farhan Buat Laporan Polis Dan Bakal Saman Pemfitnah


Dan terbaharu, seorang peguam wanita mendedahkan Farhan telah menceraikan Fatin menerusi aplikasi WhatsApp dan terbang ke China bersama isteri keduanya.