Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isteri Dedah Pesanan Terakhir Allahyarham Jay Jay - “Pandai-Pandai Nak Hidup Bawa Diri”

Gempak
05/08/2024 02:43 MYT
"Jaga hubungan adik beradik, jangan anak-anak dan pandai-pandai bawa diri," Itu antara pesanan yang dititipkan penyanyi popular era 1970-an Allahyarham Mohd Fauzi Darus, atau lebih dikenali sebagai Jay Jay kepada isterinya beberapa minggu sebelum pemergiannya.

Pesanan terakhir

Jay Jay ketika itu yang masih boleh bercakap turut mengingatkan Zaiton Wahib, 61 supaya jangan berpecah belah sekiranya pemergiannya ditakdirkan dalam masa terdekat.

"Dia sebelum ini memang sihat boleh bercakap macam biasa tetapi sejak beberapa minggu dia masih boleh bercakap cuma tak berapa kuatlah.

"Arwah pesan jangan hidup bergaduh, jagalah hubungan sesama sendiri. Jangan biarkan anak-anak, jaga anak-anak.

"Pandai-pandai nak hidup bawa diri," katanya.

Jay Jay merupakan anak ke 10 dari 11 adik beradik meninggalkan empat orang anak iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki berusia antara 27 hingga 39 tahun.

Berita pemergian artis lagenda itu dimaklumkan sendiri oleh Zaitoon malam kira-kira 9 malam tadi disebabkan kegagalan fungsi pelbagai organ dalaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Popular Tanah Air, Jay Jay Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Jay Jay Selamat Jalani Pembedahan Pintasan Jantung

ARTIKEL BERKAITAN: Buat Konsert Untuk Beri Kembali Kepada Masyarakat, Siti Nurhaliza Bawa Jay Jay & Ernie Zakri Dalam Satu Suara Vol. 3

ARTIKEL BERKAITAN: Selain Fauziah Nawi, Zur Eda, Razak Ahmad & Rosnah Johari Turut Menerima Jemputan Mengerjakan Umrah Daripada Yayasan Nurjiwa

Mei lalu, Allahyarham Jay Jay dilapor menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mendapat serangan jantung ringan dan sesak nafas ketika mahu menaiki bas dari Singapura ke Kuala Lumpur.

Arwah bagaimanapun dilapor mengalami angin ahmar selepas pembedahan dan perlu menjalani rawatan fisioterapi.

Kerjaya seni Allahyarham Jay Jay bermula sebagai vokalis dan pemain bes kumpulan Carefree yang cukup popular dengan lagu Rindu Bayangan.

Bersama Carefree, Allahyarham Jay Jay sempat merakamkan empat album termasuk album kompilasi.

Allahyarham Jay Jay kemudian meneruskan kerjaya seni secara solo dan menghasilkan tujuh album.

Antara lagu popular arwah adalah Kau Yang Tersendiri, Keasingan Dalam Luka, Cukuplah Sekali dan banyak lagi.

#Isteri #Pesanan #Allahyarham #Jay #terakhir
;