Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isteri Didakwa Fail Cerai & Berdepan Pula Dua Pertuduhan, Alif Teega Pilih Untuk ‘Kunci Mulut’

Ernalisa
20/09/2024 06:55 MYT
Pempengaruh Alif Teega yang didakwa atas dua pertuduhan menyalahguna wang infaq hanya membisu ketika diajukan soalan selepas selesai perbicaraannya di Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Tersenyum & tunduk

Alif yang dilihat keluar 15 minit selepas Aisyah Hijanah hanya tersenyum dan tunduk ketika diajukan soalan mengenai pertuduhan yang dihadapi dan dakwan isterinya memfailkan perceraian terhadapnya.

Pada Jumaat, Alif dan juga isterinya cuba melarikan daripada media apabila pasangan itu dipercayai memasuki kamar mahkamah menerusi 'pintu belakang.'

Bagaimanapun mereka tidak dapat mengelakkan diri daripada dirakam pihak media selepas selesai kes pertuduhan yang dijalankan.

Alif atau nama penuhnya Mohd. Hazalif Mohd. Hazani, 30, didakwa menyalahguna wang tunai RM 36, 047.35 bagi tujuan infaq iftar di Mekah, Syria dan Palestin.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 26 April di sebuah bank di ibu kota.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh pada 15 Jun di lokasi yang sama, didakwa menyalah guna wang tunai sebanyak RM 27, 558.13 di bawah program 'Jom Sertai Infaq Daging Korban'.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadir Bersama Alif Teega Di Mahkamah, Ini Respons Aisyah Hijanah Bila Ditanya Soal Perceraian…

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Teega Bakal Didakwa Di Mahkamah Esok - “SPRM Mendapat Izin Mendakwa…”

ARTIKEL BERKAITAN: Kelihatan Tenang Sebelum Didakwa, Alif Teega Siap Dipeluk Erat Oleh Aisyah Hijanah

ARTIKEL BERKAITAN: "Allah Uji Sedikit Supaya Kita Bersyukur..." - Aisyah Hijanah

ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku Tak Bersalah, Alif Teega Mohon Dibicarakan

ARTIKEL BERKAITAN: "Dapat Mana Cerita Tu?" - Alif Teega Tak Tahu Isteri Failkan Perceraian

Hakim Azura Alwi membenarkan ikat jamin sebanyak RM 50,000 dengan seorang penjamin, dengan syarat perlu menyerahkan passport dan lapor diri di pejabat SPRM terdekat sebulan sekali.

Mahkamah turut menetapkan 21 Oktober untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, tertuduh yang turut ditemani isteri, yang juga seorang pempengaruh terkenal tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sekitar jam 8.30 pagi.

#Alif Teega #Aisyah Hijanah #Alif Aisyah #Alif Teega pertuduhan
;