Berita

Kelihatan Tenang Sebelum Didakwa, Alif Teega Siap Dipeluk Erat Oleh Aisyah Hijanah

gempak
Ernalisa
20/09/2024
01:49 MYT
Sponsor Banner
Kelihatan Tenang Sebelum Didakwa, Alif Teega Siap Dipeluk Erat Oleh Aisyah Hijanah
Pempengaruh, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, atau Alif Teega dilihat tenang ketika hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur, pada pagi Jumaat.

Isteri teman

Aliff yang berkemeja lengan panjang ditemani isterinya iaitu pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah yang lengkap berjubah hitam.

Aisyah juga dilihat memeluk erat Alif ketika perbicaraan suaminya dipindahkan ke kamar mahkamah lain.

Difahamkan pagi ini pempengaruh itu akan didakwa mengikut seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana ke­salahan menyalahgunakan dana awam.
Laporan media semalam mendakwa, SPRM mendapat izin mendakwa pempengaruh terkenal Alif Teega di Mahkamah Kuala Lumpur, esok (hari ini),” katanya,
Menurut sumber Alif Teega akan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Teega Bakal Didakwa Di Mahkamah Esok - “SPRM Mendapat Izin Mendakwa…”

ARTIKEL BERKAITAN: "Dapat Mana Cerita Tu?" - Alif Teega Tak Tahu Isteri Failkan Perceraian

ARTIKEL BERKAITAN: "Allah Uji Sedikit Supaya Kita Bersyukur..." - Aisyah Hijanah

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Tak Boleh Mengharapkan Semata-Mata Bahagia & Tidak Boleh Menolak Kecewa” - Alif Teega

"Bagaimanapun, hanya Alif Teega yang akan didakwa esok mengikut seksyen itu," katanya.
Pada 11 Julai lalu, Alif Teega, 30, bersama isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, 26 direman empat hari.
Pasangan suami isteri itu ditahan SPRM susulan dakwaan isu penyelewengan kutipan derma.
Pasangan itu tular di media sosial selepas terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan wang derma.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live