Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isteri Kagum Dah 4 Bulan Guna Baru Sekali Isi Minyak Kereta, Rupa-Rupanya…

Umirah Halim
23/01/2024 04:00 MYT
Tular sebuah hantaran di media sosial baru-baru ini apabila seorang suami bertindak mengisi minyak dan mencuci kereta tanpa pengetahuan isterinya.

Menerusi hantaran di platform Facebook tersebut, suami itu menceritakan bahawa isterinya kagum kerana kereta yang digunakan itu hanya pernah mengisi minyak sekali sahaja sejak digunakan selama 4 bulan.

Apa yang menghiburkan adalah dalam diam rupa-rupanya, suami itu yang mengisi minyak kereta tersebut tanpa pengetahuan isterinya.



“Bayangkan, kereta dah berusia 4 bulan dan dia maklumkan hanya pernah isi minyak sekali sahaja sepanjang tempoh tersebut.

“Macam mana nak bagitahu yang sebenarnya saya sudah 5 kali isikan minyak kereta dia full tank tanpa buat dia terasa?

“Sebab asal saya pinjam kereta dia mesti minyak dah naik lampu kuning. Saya pinjam sekejap sahaja untuk ke masjid/pasar,” tulisnya pada hantaran tersebut.

Dalam pada itu, isterinya itu dikatakan turut kagum dengan kualiti cat kereta tersebut kerana kekal berkilat walaupun sebenarnya suaminya juga yang menghantar kereta tersebut ke kedai mencuci kereta setiap minggu.

“Dia juga kagum Perodua bagi cat kereta yang mahal sebab dia kata kereta dia sentiasa berkilat walaupon dia tak pernah hantar carwash.

“Macam mana saya nak bagi dia nampak yang saya basuh kereta dia seminggu sekali setiap pagi Ahad?,” tambahnya.

Berita Trending: Puasa Sunat Hari Putih - Pengertian, Niat & Kelebihan Puasa Sunat Ini Yang Anda Perlu Tahu

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terhibur dan memuji sikap suami tersebut yang dianggap sebagai suami mithali.

“Ha yg ini lawak. Teruskan menjadi suami mithali.

“Suami mithali susah jumpa sekarang ni. Bertuah isteri tuan.

“Suami punya jasa, Perodua dapat nama,” tulis salah seorang netizen.

Setakat artikel ini ditulis hantaran tersebut telah mendapat 4.6 ribu sukaan dan 2.4 ribu perkongsian.

#Minyak #Kereta #Isi #Isteri Kagum #Sekali
;