Isteri Kedua Selamat Bersalin, Ashraf Muslim Timang Anak Keempat

Kamaruddin Razal
September 4, 2018 15:24 MYT
Isteri kedua aktor Ashraf Muslim, Wan Sakinah Ahmad Saburi selamat melahirkan anak perempuan seberat 3.07 kilogram pada pukul 5.35 petang, Isnin.
Pelakon drama bersiri Biar Aku Jadi Penunggu itu berkongsi khabar gembira ini menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
Selain Wan Sakinah, Ashraf mempunyai seorang lagi isteri iaitu Noor Dayana Lokman
Hasil perkahwinan Ashraf, pelakon itu mempunyai tiga cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah Ashraf, 4, Anas Ashraf, 3 dan Adam Ashraf, 2.
#pelakon #Ashraf Muslim #Pelakon