Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Isteri Lebih Selesa Tidak Dikenali, Kodi Rasheed Enggan Kongsi Hal Peribadi Kepada Umum - “Saya Tak Anggap Populariti…”

Asyikin Mayudin 11/12/2024 | 00:55 MYT
Pelakon Kodi Rasheed sememangnya enggan berkongsi mengenai kehidupan peribadi terutama yang melibatkan isteri dan rumah tangganya di laman sosial.

Bukan dalam industri

Malah Kodi turut memberitahu isterinya juga lebih selesa untuk tidak dikenali memandangkan dia bukan bekerja dalam industri seni.

“Dulu saya pernah post fasal isteri… tapi lama-lama saya fikir dia bukan orang dalam industri dan dia pun tak nak benda itu (dikenali). Dia pun kata lebih baik turunkan gambar dia semua supaya orang tak kenal.

“Saya pula fikir kalau apa-apa jadi nanti, orang serang dia. Kalau boleh jangan la ada benda yang tak best terjadi dan saya pun jenis tak tunjuk pun. Isteri saya sangat okay.

“Dia pun tak kisah saya berlakon dengan sesiapa. Dia tak biasa dengan industri kita,” katanya kepada Gempak ketika ditemui di majlis pelancaran trailer, poster dan OST filem Limbunan: Tragedi Hitam 1975 pada Selasa.

Tak kisah dengan populariti

Pelakon berusia 34 tahun ini juga tidak pernah mengambil kisah mengenai pandangan orang kerana beranggapan populariti seseorang itu bukan dinilai berdasarkan status perkahwinan.

“Saya tak kisah (dengan pandangan orang). Maksudnya kalau ada yang tahu, tahu la… tak tahu pun tak apa. Bukan isu besar pun, kalau saya dah kahwin kenapa? Kalau saya belum kahwin kenapa?

“Kalau dulu orang cakap dah kahwin saja, populariti tak boleh naik, tapi sekarang dah tak. Saya pun tak anggap benda itu macam populariti jatuh kalau dah kahwin,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Kodi turut mendedahkan dia pernah menerima gambar yang tidak senonoh menerusi nombor peribadinya daripada wanita yang tidak dikenali.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah Setuju Terima ‘Job’ Tapi Penerbit Hilangkan Diri, Kodi Rasheed Rasa Diri Teraniaya - “Kalau Kau Tak Nak, Kenapa Offer Dari Awal”

ARTIKEL BERKAITAN: "Apalah Nasib Kita Akan Datang?" - Kodi Rasheed Tak Dapat Bayangkan Nasib Yang Kita Bakal Alami

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Birthday Dengan Anak Kedua, Kodi Rasheed Pilih Nama 'Sultan'

“DM mungkin ada tapi saya jenis tak baca kecuali hal kerja saja. Cuma ada la beberapa tahun lalu, saya pernah dapat dekat nombor peribadi saya, orang hantar gambar bukan-bukan.

“Itu memang pelik sebab itu nombor peribadi. Saya memang ada beritahu isteri saya. Semua benda memang saya akan kongsikan dengan dia,” ujarnya.

Untuk rekod, Kodi berkahwin dengan Nor Fatihah pada 31 Ogos 2015 dan mereka mempunyai dua orang cahaya mata.

#Kodi Rasheed #Artis Kahwin #Hal Peribadi #Isteri Kodi #Kodi kahwin
;