gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Netizen Sebak Tengok Video Momen Manis Fazura Bersama Fatima - “Doa Ibunya Akan Sentiasa…"
HIBURAN
Ally Mukhriz Throwback Gambar Kahwin, Netizen Mula Buat Perbandingan Dengan Baju Ezlisa Loy - “Kemungkinan Inspirasi…”
HIBURAN
“Pesan Kat Followers Kau Suruh Diam Perempuan” - Fara Salleh Bengang Dibandingkan Dengan Bekas Isteri Shuk Sahar
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

Gempak
Gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Sponsor Banner
Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Berita sedih itu dimaklumkan rakan baik Harun yang juga wartawan hiburan, Ridzuan Abdul Rahman kepada Sinar Harian.
Menurut Ridzuan, Allahyarham dikejarkan ke hospital Jumaat lalu selepas mengadu sesak nafas ketika menerima kunjungan daripada Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Datuk Freddie Fernandez di rumah mereka di Kampung Bukit Hijau, Jeram.
"Doktor kemudian mengesahkan Sakinah menghidap kanser payudara tahap empat. Keadaannya kritikal dan terpaksa ditidurkan.
"Pada mulanya doktor merancang untuk melakukan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT scan), tetapi kemudian membatalkannya kerana keadaan kanser Sakinah sudah merebak," ujarnya.
Jenazah Sakinah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Setia, Jeram, hari ini.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelakon
#Viral
#Meninggal Dunia
#Isteri
#Harun Hashim
#Sakinah Ganjali
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement