Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis RM30,000 Untuk Rawatan IVF, 6 Tahun Tunggu Cahaya Mata

Firdaus
05/09/2024 02:29 MYT
Isteri pertama kepada pempengaruh Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari baru-baru ini berkongsi pengalamannya menjalani rawatan Persenyawaan in vitro (IVF).

Rawatan Lebih RM30,000

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Nurmajdina mendedahkan telah berbelanja lebih daripada RM30,000 setelah dua kali melakukan rawatan IVF.

“Pembedahan untuk pemindahan dah dua kali, kos dia mahal. Saya rasa lebih RM30,000.

“Kali pertama IVF tu tak jadi, kali kedua jadi tapi tak lama,” katanya.

Dalam pasa itu, Majdina turut mendedahkan sudah masuk enam tahun dirinya cuba untuk mendapatkan cahaya mata.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terutamanya para wanita bergelar ibu tidak berdoa serta berharap agar terus sabar dalam menanti kehadiran cahaya mata.

Mereka turut menitipkan doa agar urusan Marjdina dipermudahkan.

BERITA TRENDING: “Saya Sanggup Sujud & Minta Maaf Janji Korang Tak Ganggu Mental Mereka” - Abang Tesla

BERITA TRENDING: Dituduh Tak Jaga Isteri Pertama Selepas Keguguran, Abang Tesla Nak Saman Kieda Crepe? - “Jangan Nak Terpaling Suami Awak Seorang…”

BERITA TRENDING: Dituduh Mandul & Diganggu Semasa Proses IVF, Isteri Pertama Abang Tesla Tampil Keluarkan Bukti - “Aku Bukan Tak Boleh Bagi Waris..”

BERITA TRENDING: Isteri Kedua Didakwa Mahu Bolot Harta, Ini Respons Abang Tesla - “Saya Dah Sorokkan Kelahiran Anak..”

Sebelum ini, Majdina memuat naik status menyelar tomahan segelintir pihak yang menghina dirinya mandul.

Malah Majdina turut mendakwa wujud pihak ketiga yang menggangu proses IVF sehingga dia mengalami keguguran.

Pada Isnin lalu, Abang Tesla atau Muhammad Khal Iltizzam Yusry, 29, mendedahkan isteri keduanya selamat melahirkan cahaya mata sulung.

Pada Ogos tahun lalu, nama abang Tesla menjadi bualan hangat selepas dia memuat naik video di aplikasi TikTok mengumumkan dia sudah berkahwin dua.

Bagaimanapun, perkahwinan keduanya itu sudah pun mendapat restu Majdina.

Sumber: TikTok

#Anak #Cahaya Mata #Isteri #IVF #Abang Tesla #Majdina