Pelakon Datuk Aaron Aziz bakal melangkah ke set penggambaran filem aksi, JB Pailang selepas sambutan Syawal biarpun pernah mengalami masalah sakit belakang.
Gian untuk berlakon dalam filem aksi, Aaron mengambil langkah berjaga-jaga agar masalah kesihatannya tidak berulang.
"Penggambaran filem JB Pailang bakal diadakan di Johor. Isteri saya 'bising' apabila saya mengambil tawaran tersebut, tetapi saya rindu untuk berlakon dalam filem genre aksi.
"Dia 'bising' kerana risau masalah kesihatan saya akan berulang tetapi saya sendiri akan mengambil langkah berjaga-jaga," katanya ketika ditemui di acara Jakel Barulah Raya baru-baru ini.
Menurut Aaron, dia akan menggunakan khidmat pelakon lagak ngeri untuk menjayakan babak berat.
"Saya akan mengelakkan diri dari melakonkan perkara yang bakal memudaratkan. Jika ada babak berat, saya akan menggunakan khidmat 'stuntman'. Saya agak teruja dengan filem ini kerana sudah lama tidak berlakon dalam filem aksi," katanya lagi.
Aaron bakal muncul dalam telefilem istimewa sempena Syawal yang berjudul Renyai Takbir Raya.
Bergandingan bersama Sharifah Sakinah dan Anzalna Nasir, jangan lupa saksikan Renyai Takbir Raya pada jam 10 pagi, 19 Jun (Selasa) di Astro Ria, Astro Ria HD dan Astro Raya HD.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Aaron
Kamaruddin Razal
Mon Jun 18 2018


Aleeya Zailan Sebak Rai Kejayaan Tanpa Arwah Ibu - "Allah Gantikan Pelanggan Sama Macam ..."
Allahu sedihnya...

Grammy Awards 2023: Harry Styles Bawa Pulang Trofi Album Terbaik & Hampir Jatuh
Tahniah Harry, sekali sekala nak jatuh kan heheh.
![[VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…” [VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-45_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…”
Cantik la Siti ni...

Usahawan Berhabis Banyak Duit, Masih Relevankah Ambil Selebriti Untuk Pelaris Produk?
Duit habis banyak tapi produk tak laku?
_1.png?ext=.png)
Padam Bukti ‘Heroin’ Menggatal Di Instagram, Bella Astillah; “Tiada Apa Yang Saya Nak Explain…”
Bella tak mahu ulas lagi

“Kalau Tak Suka Saya Cakap Tak Suka…” - Mas Idayu Akhirnya Buka Mulut Komen Sissy Iman & Naim Daniel
Netizen puji Mas Idayu

“Mata Berair, Kacau Pernafasan, Tak Larat Nak Buat Apa-Apa Dah” - Jue Aziz Kena Influenza, Ramai Doa Cepat Sembuh
Semoga Jue Aziz cepat sembuh.

Mas Idayu & Sissy Iman Dah Berbaik, Ajai Saksi Mereka Berpelukan; “Dia Budak Bijak…”
Alhamdulillah

Grammy Awards 2023: Taylor Swift Menang Muzik Video Terbaik, Tewaskan Adele, Harry Styles & BTS
Tahniah Taylor Swift

"Bukan Senang Cari Peniaga Melayu Macam Ni" - AC Mizal Puji Usaha Gigih Pengasas Sellection, Miliki Butik Besar Di Wangsa Maju!
Sellection dah ada butik besar di Wangsa Maju!