Berita
“Isteri Saya Sangat Membantu…”- Suami Raja Ilya Seronok Berlakon Dalam Drama Melayu
Suami kepada Raja Ilya, Trent Garret akui isterinya memberi inspirasi untuknya ceburi bidang lakonan.
Menurut Trent lebih teruja lagi, buat pertama kalinya dia diberi peluang berlakon dalam drama Melayu.
“Sebenarnya saya bukan lah pelakon professional kerana sebelum ini pun saya hanya terlibat dalam teater dan drama di sekolah sahaja.
“Saya sangat hargai peluang yang diberikan kepada saya untuk berlakon dalam drama Melayu, meskipun ia hanya satu watak kecil.
“Ia satu pengalaman yang sangat mencabar dan dalam masa menyeronokkan. Ilya sangat membantu saya untuk mengasah kembali bakat lakonan saya sebelum ini.
“Bila lihat dia berlakon terus-terang ia memberi inspirasi untuk mencubanya,” katanya
Trent yang kini berada di Australia dihubungi Astro Gempak mengenai penglibatannya dalam dunia lakonan.
Sejak tahun lalu, Trent yang juga seorang model memberitahu dia sudah berlakon dalam tiga buah drama Melayu.
Pun begitu, Trent memberitahu dia bakal jadikan lakonan sebagai hobi sahaja dan masih meneruskan perniagaan yang dijalankan seperti biasa.
“Pun begitu saya masih jadikan lakonan ini hanya sebagai hobi saya kerana saya juga masih ada urusan perniagaan yang saya jalankan,” katanya lagi.
Trent yang merupakan ahli perniagaan berasal dari Australia berkahwin dengan Raja Ilya di kediaman saudaranya di Perth.
Perkahwinan itu diadakan dalam majlis tertutup dan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak pada 23 Disember 2018.
Pasangan ini kini menetap di Australia.
Must-Watch Video