Hiburan
Isteri Tuduh Berzina Dengan 'Pelacur', Pelakon Sinetron 'Putri Yang Ditukar' Tampil Bersuara!
Kecoh apabila pelakon sinetron popular Putri Yang Ditukar, Lucky Perdana didakwa berselingkuh dan menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.
Menurut isterinya, Veronica Perdana, Lucky didakwa telah berzina dengan seorang wanita bernama Lidi Brugman dan mendedahkan perkara terbabit menerusi Instagram Stories baru-baru ini.
"Seorang pelacur selamanya pasti akan menjadi pelacur yang mempunyai mentaliti sampah, tidak mempunyai moral dan malu, apalagi akhlak yang baik !!
"Hanya seorang pelacur yang urat malunya sudah putus. Sampai begitu berani berzina dengan suamiku.
"Jadi kamu pelacur.. Tak perlu berpura-pura manis dan baik di depan orang.. hanya utk menutupi sifat asli mu yang sangat buruk @lidibrugman," tulis Veronica.
Enggan mengeruhkan keadaan, Lucky tampil membalas kenyataan isterinya itu di Instagram.
Kata Lucky, tidak perlu dia memanjangkan kisah rumah tangganya dan mendedahkan kepada masyarakat.
"Saya tidak perlu dan tidak mahu menjelaskan apa-apa, saya akan membawa segala yang berkaitan dengan hal privasi hidup saya hingga mati.
"Setiap orang mempunya cara yang berbeza untuk menangani masalah.
"Hanya kerana saya seorang public figure jadi saya perlu 'membogelkan' hal peribadi diri sendiri kepada umum? Tidak, terima kasih.
"Keputusan ini saya telah fikir panjang walaupun perlukan pengorbanan yang besar. Apa yang sudah saya perjuangkan biarlah menjadi buku.
"Apa yang terjadi dalam hidup biarlah menjadi urusan saya dengan Allah," tulisnya.
Memetik kenyataan Lucky di portal Hai Bunda, difahamkan pelakon itu sudah menceraikan Veronica dan berkahwin dengan Lidi.
"Saya tidak berkongsi posting dengan isteri baru kerana saya menghormati Almeer Mumtaz (anak), menghargai bekas isteri. Jadi netizen jangan menghina," katanya.
Sumber: Hai Bunda, Instagram Lucky Perdana
Must-Watch Video