Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isteri-Isteri Ahmad Aslam Dalam Fasa Tak Berkawan, Tak Bermusuh!

Amri Hassan
09/05/2024 00:55 MYT
Bukan bermusuh tapi meletakkan jarak antara satu sama lain, begitulah bayangan situasi hubungan antara isteri-isteri Ahmad Aslam iaitu Marissa Dania Hakim dan Umisya Mazlan.

Hal itu dikongsikan isteri pertama Aslam, Umisya menerusi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Jelas Umisya, 25, meskipun tidak bermusuh, mereka berdua juga tidak saling berhubung bagi memaklumkan tentang kehidupan masing-masing.

“Saya tak bermusuh pun dengan dia sekarang cuma ada gap (jarak).

“Kami buat hal masing masing dan tidak ‘update’ pun pasal kehidupan satu sama lain,” katanya.

BERITA TRENDING: "Bukan Marissa Seorang Yang Patut Dipersalahkan, Dulu Pun Saya Tak Pernah Salahkan Memey" - Abby Abadi

Kongsi suami

Ujar Misya, hubungannya dengan Marissa bukan dalam fasa yang baik ketika ini meskipun masing-masing saling berkongsi suami iaitu Ahmad Aslam.

“Saya pernah berbaik dengan dia. Ketika ini, kami nak kata berkawan pun tidak, musuh juga tidak.


“Anda juga boleh fikir kalau dia baik dengan saya, tak mungkinlah dia ‘block’ (sekat) semua komen tentang saya dalam akaun media sosial dia,” katanya lagi.

Terdahulu, nama Marissa sehingga hari ini menjadi bualan ramai disebabkan kahwin dengan Ahmad Aslam tanpa pengetahuan keluarga di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Bukan sahaja keluarga, pernikahan mereka berlangsung ketika Misya sedang menunaikan umrah.

Namun kemelut itu berakhir selepas Aslam tampil bertemu dengan keluarga mentuanya awal Aidilfitri lalu bahkan Abby juga sudah reda menerima ketentuan takdir.

BERITA TRENDING: Tampil Mohon Maaf, Marissa Dania Akui Khilaf - “Ini Adalah Jalan Yang Saya & Aslam Pilih…”

#Viral #Abby Abadi #Norman Hakim #Madu #Marissa Dania Hakim #Poligami #E-hailing #Ahmad Aslam #Umisya Mazlan
;